1st Customer..

Assalamualaikum ...


N3 kali nie aku nak cerita pasai kawan aku yang sorang nie.... aku panggil dia kak nab..

Kak nab nie umpama emak kepada aku...kalau nak minta pendapat ka..atau ada masalah kat opis nie...cari dia lah..

Dia banyak memberi semangat untuk aku membuat sesuatu pekara...siap mencabar lagi...

Dulu masa aku baru dok belajar menjahit,dialah org pertama yg tempah baju kat aku...takutnya aku bukan main..maklumlah belajar pun tak habis lagi..kang tersalah potong kain tu, mati aku..nak kena ganti balik tu...dah la tu..jahit pun bengkak-bengkok lagi..kak nab tetap berkeras juga nak suruh aku buat.Katanya jadikan sebagai latihan...kalau tak cuba buat, bila nak pandai...tak payah dok susah2 nak beli kain dah...Hmmm itulah kak nab..


Baru2 nie..kalau tak silap aku dalam bulan lepas ...aku beli E-book sulaman riben daripda Pn.Ann..aku share dengan sorang kawan kat opis nie...dia pun minat juga sulaman riben nie...

Sambil2 dok tengok cd tu...kak nab kata dia ada satu idea...nak suruh aku buat sulaman riben untuk katil pengantin....alamak ...boleh ka nie...baru dok belajar juga yang nie pun...memang la sebelum nie aku dah pernah buat...tapi cuma patern yg simple2 ja...yang aku belajar dari buku yang dibeli drpd. Pn.Ann juga..

Tak apa lambat lagi katanya..buat la pelan2.Jadikan ini sebagai satu cabaran,mesti kena buat juga....aku pun cuba2 la buat bunga2 yg terdapat dalam e-book.lepas tu dok skodeng pula blog2 yg ada sulaman riben nak cari idea....Akhirnya inilah hasil sulaman riben aku yang tak seberapa nie...layan je lah yerrr.....









sulaman















BEN ASHAARI GEGAR BLOGGER BARU ...

woww...best nie...
untuk para blogger baru..jom join.Klik sini...

Kurniaan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semalam aku baca 1 n3 kat dalam blog kawan aku nie..alkisahnya pasai baby baru..
n3 tu membuatkan aku teringat la masa aku baru dapat baby yg ke-3...satu2 nya baby girl...yer la yg 2 lagi tu boy..yang ke 3 nie la baru perempuan...alhamdulillah,dapat juga perempuan...dah 3 tahun pun..cepatnya masa berlalu...hehehe..
Memang betul kata kawan aku tu....kalau org. kata "comelnya anak awak"..dalam hati tu mesti rasa seronok dan bangga kan..apa taknya dah kalau anak comel..emaknya mesti terlebih comel...ngeh,ngeh,ngeh....mesti kembang jer dalam hati tu..tapi kalau sebaliknya tak tau nak cakap lah...
Cerita nie berlaku kat aku....anak aku tu..bagi aku,alhamdulillah...sempurna,cukup sifat dan sihat(mau tak sihat,berat masa lahir 4kg lebih)...semestinya comel lah bagi aku..dah anak aku...tapi setiap hari bila mak mertua aku tu p rumah aku..dia mesti cakap..." Auni nie hitam lah"...(nama anak aku tu Nur khalidah Auni)huhuhu.. sedey la...tapi sebenarnya aku tak kisah sangat pun..hitam2 pun cucu dia juga..cuma,bila dah terlalu kerap sangat perkataan tu diucapkan,terasa ler juga....dah la tu cucu2 dia yang lain semua putih2 belaka...anak2 aku je yg kelabu asap...
Dah jadi tabiat org kita kan ..dah ler org tu dalam keadaan sakit lepas bersalin..dia org p melawat dok kata anak dia mcm2 pula..hitam lah,hidung kemek lah,macam2 lagi lah...mau tak meroyan org tu..dulu aku pernah terdengar seorang kakak tu kata kat anak dia.."mak nie kalau boleh pilih..mak nak pilih anak yg cantik macam siti nurhaliza.tapi dah tak boleh pilih..ini yg tuhan bagi.Tapi mak bersyukur anak mak sihat dan sempurna."
Walau apa pun keadaan kita harus bersyukur dan redha dgn pemberian Allah.Mesti ada hikmah di sebalik segala kejadianNya.Hargailah segala nikmat kurniaan Allah...
Ada kalanya kita tidak sedar apa yg dimiliki hari ini adalah nikmat kurniaan Allah.Sebab itu kita tidak harus lupa mensyukuri segala kemurahan hati Allah SWT menganugerahkan sebuah kehidupan yang lengkap....
Aku bersyukur sangat dapat suami yg penyayang dan anak2 yg sempurna..Alhamdulillah kami BAHAGIA...


Auni umur 1 hari....masih di wad hospital langkawi...
Auni umur 1 tahun.....

Ini ler 3 org.cahayamata aku...yg baju merah tu bukan yer...
Yang nie gambar terbaru.....

Pengalaman Ku...

Salam ceria semua...
Pada suatu hari..aku baru balik dari kerja kan,terus aku p rumah biras,nak ambil anak aku macam biasa lah kan...hehehe.. Anak aku yg kecil tu biras aku yang jaga masa aku kerja....ada berita terkejut tergempar...Nama aku dimasukkan dalam senarai peserta nasyid...hahaha..lawak.Tak pernah dok masuk nasyid nie..
nak buat macam mana dah tak ada org lain dah...nak kena bagi cukup org. juga..kalau tak penyertaan digugurkan...ok lah..cuba2 boleh juga dapat pengalaman.
Pertandingan nasyid yang akan kami sertai itu adalah anjuran KEMAS peringkat daerah langkawi,untuk memilih wakil ke peringkat negeri.Tapi nasib tak menyebelahi kami.Tak apa lah ,lagi pun kami saja suka2 jer..nak bagi ada wakil dari kampung kami tu...
Selepas tu ada la pula, pertandingan nasyid anjuran UMNO.Sama la juga nak pilih wakil untuk ke peringkat negeri.Apa lagi ketua nasyid tu kata...jom la kita cuba,manalah tau kot rezeki.
Memang betul la..rezeki kami.Terpilih la pula untuk ke peringkat negeri...pertandingan tu diadakan di Baling..boleh la juga aku p baling.Sebelum nie tak pernah sampai lagi situ.
Yang bestnya tu..sebelum hari pertandingan tu...dapat makan malam dengan Datuk Mashitah...Wow ..terpegun dengan kecantikannya..pertama kali tengok secara berdepan nie..
Di baling,kami tak dapat tempat juga dalam pertandingan tu..cuma dapat saguhati jer la...tapi kami dijemput utk. buat persembahan sempena mesyuarat wanita UMNO langakwi.Wah..macam artis la pula..org jemput buat persembahan.Inilah gambar2 kenangan masa buat persembahan tu..tingggal yg nie jer la..yg lain tu ada dalam komputer yg satu lagi tu..computer tu rosak la pula..



Cerita nie sebenarnya tahun lepas punya tau...hehehe...

Alahai....En.Pos Laju..

Aduh... kenapa la lambat sangat nie..dah dua kali check kat internet dari pagi tadi,tak juga sampai2 kat langkawi...Hai..pos tak jalan ka ...huhuhu...en.pos tu.. hantar dgn kapal selam kot..


tarikh pos 24 April,hari nie dah 26 April.la..silap tang mana pulak..


Aku dah la tak sabaq nak tengok barang tu...tak boleh jadi ..nak kena telefon kat pos laju nie..


La...barang dah sampai rupanya.Ada kat office pos laju.Kata En. pos tu,belum cukup tarikh matang lagi,tu yang tak boleh hantar..Aik..ada tarikh matang la pula...tarikh luput tak dak ka??Hehehe....Kalau nak juga kena la p ambil sendiri..


Jeng..Jeng..Jeng....ha,inilah brg. yang dinanti-nantikan...Sampai juga akhirnya...brg.2 nie order dari Qaseh Deko Deko...




Inilah akibat kalau dah CRAZY DECO...(baru nak panas enjin)..tak sabar rasanya nak balik nie...nak deko2 la tu...


Dah pukul 5.30 nie...Jom balik ...nak balik gantung rak2 tu...hehehe...
Terima kasih juga diucapkan untuk Qaseh Deko Deko....

Petua Berguna.....

Assalamualaikum...
Emmm...hari ini nak share petua2 berguna dgn. anda semua...semoga dapat manfaat dari petua2 ini.Petua2 ini aku ambil dari page Resepi Masakan Melayu yang kat dalam FB tu....Mai semua kita layan petua2 nie...

Kacang Hijau Cepat Empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Sukatan minyak ialah untuk sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Pasti akan cepat empuk.

Mempercepatkan Pembekuan Agar-Agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyang perlu disejukkan di dalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar di dalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.

Hilangkan Bau Kelapa Lama
Santan kelapa dalam kotak atau dari kelapa parut yang sudah lama dalam peti sejuk masih boleh 'dipulihkan ' rasanya dengan memasak santan dengan 2-3 batang serai. Masak dulu sebelum dimasukkan dalam gulai atau masakan lain.

Simpan Kelapa Parut
Jika anda masih memerlukan kelapa parut untuk tujuan tertentu, kelapa parut boleh disimpan dalam peti sejuk dengan memasukkan bebrapa tangkai cili padi (dengan tangkainya). Ini akan melambatkan kelapa basi.

(Kandungan Dalam Petai)
PETAI
Berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Elak Kumbang Beras
Cili kering jika disimpan di dalam tempat menyimpan beras juga mampu menghindarkan kumbang beras. Sebaiknya masukkan kira-kira 10 biji cili kering dan pastikan cili tersebut ditimbus di dalam beras.


(photo from google search)


Khasiat Hampas Kelapa
Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili. Taburkan hampas kelapa pada pangkal pokok tersebut. Selain cepat subur, pokok akan selalu berbuah.



Petua Membuat Kek Lapis

1. Mulakan dengan Bismillah dan Selawat Nabi. Apabila kek telah berjaya dihasilkan ucapkan Alhamdullilah. Yakin yang anda boleh membuatnya dan InsyaAllah akan berjaya.

2. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.

3. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak. Sekiranya ditinggalkan, hangus kek itu tidak cantik jadinya.

4. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi.

5. Jangan sapu terlalu banyak mentega di antara satu lapis dan lapis yang lain. Ini akan membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu, sekadar untuk kek tidak terlalu kering.

6. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

7. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak cantik dan juga kurang sedap.

8. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti apbila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya kreativiti, kek akan menjadi cantik dan sedap dimakan.

9. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.


(photo from Google search)sekadar hiasan jer no...gambaq nie bukan aku punya..

Sarung Bantal...


Dua sarung bantal di atas nie adalah hasil cubaan pertama...

Tempahan daripada kawan opis...(K.Ani)

Tempahan drpd. Zana..

Say Farewell Don't Say Gud Bye....

Assalamualaikum...
Hari ada sedih dan ada gembira...Yg sedih kerana terpaksa melepaskan pergi seorang kawan yg telah lama bersama kat opis nie...Hari ini adalah hari terakhir beliau di sini.Oleh itu hari nie diadakan satu majlis perpisahan untuk beliau.Ha...yg gembira tu tang nie la...ada makan.Yang syoknya kita org buat majlis suprise kat dia...tup,tup...dia pun ada majlis suprise utk kta org..Hai macam mana pulak tu..
Rupa2nya...dia dah rancang nak masak untuk kita org semua kat opis nie...untuk kali terakhir katanya.Kawan kita nie sebenarnya suka masak untuk kita org kat opis nie,semasa dia keja kat sini..Jadinya 2x makan la hari nie...T/hari makan nasi tomato..petangnya bihun goreng la pulak...aduss kenyang betui dah nie....ngantuk pun ada ..hehehe
Apa pun selamatlah diucapkan untuk Puan Maznah yer...Selamat dlam semu hal....
Hai....dapat hadiah,macam dapat trofi la pulak....

bergambar kenang-kenangan...(aik ..mana aku..x dak la pulak..)
Hmmm...tu la kena jadi jurugambaq...


Jemput makan...Cheese cake,nasi tomato & puding.

Bestnya...dapat hadiah...nak kena berhenti juga ker....

photo from Google search

Hasil Jahitan.



Ini adalah di antara hasil jahitan aku yg. tak seberapa...
patern baju... nie ikut patern baju yg jual kat kedai mak...
yg.nie pulak....design sendiri..ok ker....
Yang nie...patern beli drpd. Impianina.blogspot.com
ada lagi patern yg beli tapi belum jadi baju lagi.hehehe..
Yg.nie pun sama dgn. yg di atas design sendiri..
lebih kurang sama jer,cuma yg nie tak ada kedut2 kat bawah tu...

Aku cuma jahit untuk model cilik nie jer..untuk org dewasa belum berani lagi.Kena belajar lagi...insyaallah..masa akan datang boleh ambil tempahan...

Langkah pertama.



Alhamdulillah....
selesai sudah,1 pekara.Dah siap dah daftar niaga.Langkah pertama untuk memulakan perniagaan.(Tanpa permulaan anda tidak akan ke mana-mana)dengan itu aku cuba mengatur langkah pertama dan akan terus mekangkah ke hadapan.Hehehe....Harap2 lepas nie semuanya berjalan lancar..
Dah lama sebenarnya nak daftar niaga nie...emmm...dok nak,nak ..sampai hari nie baru boleh p daftar.Insyaallah..moga dimurahkan rezeki dan berjaya dlm. bidang ini..Buat masa nie,buat secara kecil-kecilan dulu lah......Doakan kejayaan ku yer.....
Fikiran membawa kepada pekerjaan
Pekerjaan membawa kepada Kejayaan
Kejayaan membawa kepada Impian....
Amin....


Aku Kini Seorang Blogger....


N3 kali nie, aku nak cerita macam mana aku boleh tersangkut dalam dunia blogger nie....
Emmm....kalau diingatkan balik terasa lucu pun ada...Apa taknye,masa mula2 nak buat blog nie,aci sembunyi2 ja...malu la konon.Takut kwn2 tahu yg aku dah ada blog.Hahaha..pelik kan.Orag buat blog nak bagi org baca,nie aku takut org baca pulak.Maklumlah tak pandai lagi nak tulis apa..nak cerita pasai apa.
Aku pun cuba2 la ,buat blog nie...buat cara sembunyi2 dan sikit2,sampai la sorang kawan aku tegur.."wei,entah2 hang dah ada blog apa?"....aku kata kat dia,baru nak buat.Padahal dah ada dan dia pun sebenarnya dah tahu pun.Tapi sengaja kot ,nak bagi aku cakap sendiri.Kawan aku tu pun sebenarnya dah ada blog (http://aqilaqilahduniaku.blogspot.com/)
,tapi tak berapa nak aktif.Baru2 nie ja aku nampak dia pun semakin aktif menupdate blog dia.Aku pun jadi bertambah semangat ler....hari2 pakat dok menghias blog jer kejanya.
Keinginan untuk buat blog nie bermula sejak aku mula berjinak-jinak dgn.seni menghias rumah ala2 inggeris.Tiap2 hari keja aku dok skodeng blog2 yg mempamerkan deco ala2 inggeris.Aduh...cantiknya..Rasa teringin la nak buat macam tu,nak berkongsi minat dan hobi.Manalah tahu dgn adanya blog ,nanti di masa depan boleh cuba buat bisnes online pula.
Masa sekolah dulu,aku nie suka membaca.Sampai mata pun dah rabun...Lepas tu,aku juga suka la dok berangan sambil dok tulis cerpen.Tapi,cerpen2 tu tak tau la p mana dah.Dulu aku suka sangat baca buku tulisan Ahadiat Akashah.Cerita2 cinta yg dia tulis tu...fuhh,romantik betul.Dengan adanya blog nie dapat la aku sambung balik minat menulis aku tu.Tapi tak ada la nak tulis cerpen atau novel .Sekadar nak berkongsi minat aku dalm bidang jahitan,sulaman ,kraftangan dan luahan perasaan ja ..Dah 1 bulan aku menjadi penulis blog.Terima kasih la kepada anda yg sudi menjengah ke blog aku yang tak seberapa nie ya..Pagi2 makan burger,Aku kini seorang BLOGGER...Gosok baju dengan seterika,kita rehat seketika ...bye..Bye..

GA Sempena Ulang tahun Ke 2

ajom kita join...M

Pesta Air Langkawi 2011

Pesta Air Langkawi 2011...Bermula dari 15 - 16 April.(Dah abis lerr) La...Anak sapa pulak nie..Hehehe Abah..adik nak belon upin & ipin...


Acara2 yg diadakan semasa Pesta Air Langkawi 2011Sepak Raga Pertandingan Memasak Ha..juri dok tengah bagi markah nie.. Cantiknya deko...


Asam Pedas Melaka....Emmmm sedapnya...