Auni Punya Hal...

Assalamualaikum...



selamat malam semua...kali nie nak cerita pasai siang tadi....tiba2 dapat satu mms dari En.suami...hmmmm..apa la yang dia hantar nie...



bila bukak ja keluar satu message nie....






"Tengok Anak Mama ...Cantik Tak"



Pastu aku pun tengok la lagi kat bawah....















Jeng..Jeng..Jeng



tepung gomak


Tu dia...putih melepak....macam anak toyol dah...Auni punya angkara habis sebotol bedak baby...itu belum tenyeh mulut merah lagi tu....Hai la Auni.....tadi memang dah nak letak gambar nie ,tapi gambar kat dalam phone..lepas tu tak bawa pulak kabel phone tu kat opis....balik umah baru boleh buat...nasib baik la malam nie boleh login blogger nie...



Gelagat anak2 nie walaupun kadang2 boleh buat kita marah tapi menghiburkan....macam mana la tak marah kalau habis 1 botol bedak tu...penuh kat atas lantai semua ada bedak...nasib baik la tak disapunya sekali kat almari belakang tu....


Sabar.....Sabar....







Jawapan Teka-Teki

Assalamualaikum...
Yezzaa..ini jawapannya....Kalau di sebelah utara dipanggil Keriang Dot....kat sebelah pantai timur pulak dipanggil Jambu Arang...
Ha...betui la jawapan yaya tu...tahniah..
Hmmm..yaya sorang jer yang jawap..huhuhu...tapi tak pa lah..nanti yaya email alamat yer..(bilafiq@yahoo.com)akak nak bagi hadiah sebagai tanda terima kasih atas sokongan...hehehe..serius nie..
Kawan2 yang lain tu pun terima kasihlah jugak atas sokongan yer...tapi dah yaya jawap teka-teki nie,jadi bagi hadiah kat dia ler...
Oppps...sorry..ada lagi sorang yang jawab...orang langkawi gak nie...tapi adik jawap buah muyu..
kalau buah muyu tu...rasa dia masam sikit...rupa dan warna memang sama..rasa dia lain sikit...
Tak pa la dik no...akak bagi hadiah kat yaya dulu la no...


Memang susah dah nak dapat buah nie...kat tempat akak nie pun ada beberapa pokok jer ...
kalau tanya anak2 akak buah apa nie..dia orang pun tak tau...siap tanya lagi.."Buah hitam tu boleh makan ka..makan macam mana???..
Banyak dah buah-buahan liar yang dah pupus..Kalau dulu keluar main ..tak balik makan pun tak pa ..sebab kat sekeliling tu ada ja buah-buahan yang boleh dimakan..zaman la nie mana ada dah..budak2 pun dah tak main macam orang dulu dah...
Permainan depa....ha,kat depan komputer atau tv...
Hmmm..pasai buah tu..kena ambik biji buat benih kot.Tanan kat tepi rumah...
Untuk tatapan generasi akan datang...

Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru!

Assalamualaikum...
Terima kasih Nad sebab tag akak.....boleh juga akak join segmen nie..
Akak nie berasal dari Langkawi Permata Kedah....Blog nie baru lagi..bermula pada bulan march'11..Tujuan utama buat blog nie ..cadang tu nak cuba buat bisnes online..tapi tak tau la bila nak mula..hehehe.
Nak tag kawan2 yang juga blogger baru...
Aqilaqilah duniaku
Segalanya Aku

kalau nak join p sini...

Pink Vintage Giveaway

Assalamualaikum...
Nak join GA nie...sebab utama nak join pasai suka sangat dgn FA nie..tapi tak reti nak buat sendiri...(Semuanya ko nak buat sendiri yer..)hehehe..Manalah tau kan kot2 ada rezeki dapat satu...
Kat bawah nie contoh2 hadiahnya yer...sangat cantik.

1st prize
2nd prize

3rd prize

sample (size sama, tapi design maybe tak sama):
Alamak nak kena tag 5 org kawan nie...kalau tak cukup lima tak pa kot...hehehe...
Kak Azlina..(Azlina deco) ..nama pun serupa...
Ani Keda..
Zhuren
Yaya Azura
Sya

Kalau berminat jom p sini...

Tarikh tutup:30 June 2011

Segmen Teka Teki....tiru Yaya Azura.

Assalamualaikum...
Salam ceria di pagi selasa...semyum selalu....Aduhhh..baru habis separuh menjelajah geng BSB yang baru...sekejap lagi sambung balik..
akak nak buat teki teki jap....semalam Yaya Azura yang buat teka teki,hari nie kita pun nak buat juga lah...jangan mare yer Yaya...akak tiru idea ....hehehe...



Cuba teka buah apa nie....

Lapaq penampar kot nie...


Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa.Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak2.
Aku pun kadang tu tidak terlepas dari melakukan kesilapan ini..mari kita sama2 ikuti tip mendidik anak2 kat sini....semoga kita menjadi ibubapa yang berhemahdalam mendidik anak2...

Suka-suka jer...

Saja jer nak share....Kalau asyik dok meluahkan perasaan jer takut la pulak orang meluat nak baca...jadi nak cuba teknik copy & paste la pulak....Hehehe







"1st Giveaway by RedRidingBow"

Hari nie mood join GA....Mari join GA nie pulakk...
Jom p sini..

Tarikh tutup:Habis dah

asleenda simple mimple giveaway

Ada yang nak join klik sini..

Hmmm...tak dak org lain dah nak ajak...depa nie la jugakk..

" Saya nak Jadi Bloglist Terbaru Cik Purple"

Assalamualaikum..
Aduhhh...lembab sungguh la komputer nie..nak masuk satu page pun jenuh...bila la nak tukaq yang baru nie..
Tak pa lah,janji hari nie aku boleh join segmen Cik Purple nie...Dah banyak hari jugak dah tahu pasai Cik Purple nak cari bloglist nie..cuma keadaan tak mengizinkan nak buat n3 nie...cuba la check balik kot dah tamat dah ka..nampaknya masih ada rezeki nak join nie..belum sampai lagi tarikh tutupnya...
Jadi..hari nak habaq kat CIK PURPLE akak nak Jadi Bloglist Terbaru Ck Purple...satu lagi nak habaq akak dah lama follow cik purple nie...Hehehee..
Mai kawan2 semua kita join bloglist cik purple.....P sini

kena Tag kawan nie...nak tag depa nie la kot2 depa tak masuk lagi..

Tidak Lagi Ku Menaruh Harapan.

Menaruh Harapan

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

( korus )
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...

Beginilah aku di setiap permulaan tahun...menunggu,menanti dan menaruh harapan.Adakah ianya kan muncul atau sebaliknya.namun kini harapan cuma tinggal harapan.Tidak mungkin lagi ia akan muncul di sini.Kecewa hati ku ,hancur berderai bak kaca terhempas ke lantai.Hendak ku tanggis tiada berair mata...hendak mengadu,tak bertempat untuk mengadu..Akan tetapi kesusahan dan kepayahan yang ku lalui ini tidak ku harungi sendirian...Perjalanan yang berlembah dan berduri ini diharungi bersama-sama dengan teman-teman yang senasib dengan ku.
Bila tiba..sampainya waktu...perlahan-lahan jari jemari mengoyak satu persatu helaian penyata gaji yang diberi...Namun apakan daya,nasib tidak menyebelahi..rezeki itu bukan milik kami.Tiada juga kenaikan GAJI....Tamat sudah penantian untuk tahun ini.
Namun selagi hidup belum sudah...selagi nyawa dikandung badan...kami terus menghimpun doa-doa biarpun bertahun.Terus mencari dan mengharapkan pohonan merimbun,untuk tumpang berteduh.
Kami yakin ..INSYAALLAH...ada RAHMAT buat kami...DI TAHUN HADAPAN MENUNGGU....

Gambar dari Google

Layakkah Aku...

Assalamualaikum...
Pagi2 lagi MOOD yang baik dah dicemari dek kata2 yang menjatuhkan semangat..Aduiii susah betui...nak kongsi maklumat dah jadi gitu pulak..tak berkongsi nanti dikata sombong tak share ..nak pulun sorang2..hmmm..entahlah ..dunia zaman sekarang..kalau tak ambik tahu hal org sangat tu sampai jiran tepi rumah pun tak kenai...tapi kalau dah yang ambik tahu sangat tu..sampai kuku kaki pun dia tengok...
Alamak termengeluh la pulak pagi2 nie...nanti lari pulak rezeki...
Baru dapat satu idea baru...macam mana nak gulung kertas untuk quilling dgn mudah...tapi malas lah nak cerita ka depa tu...sat lagi depa mesti kata .."kami syok2 ja bukan nak buat sangat..tak mengharap pun..".La nie biar aku sorang ja yang tau sudah...Aku buat sorang2..aku pulun sorang2...
Dalam kekecewaan itu,lalu aku membawa diri..menerjah ke n3 terbaru blog2 yang aku follow...dalam tercari2 dan mencari..klik sana klik sini...lalu berjumpa jua dgn si dia...hahaha..
Alkisahnya ..Tip untuk menjadi seorang BLOGGER yang berjaya..dalam Santai Bersama BEN ASHAARI.Tajuk nie memang aku suka sangat lah..maklumlah aku nie masih baru lagi..masih mentah..tentulah tajuk yang sebegitu menarik perhatian...nak juga kutip tip2 untuk berjaya...
Akan tetapi yang paling menarik perhatian aku dan membuat aku terfikir balik ialah ayat yang BA tulis nie....
Apa itu blogger ? Kena tau di sini apa maksud sebenar blogger .. Sekarang ni ramai benar mengelarkan diri
mereka blogger .. Asal bukak je blog , terus kata dia blogger .. Tapi diorng tau ke apa itu blogger ?
Nampaknya kenalah aku kena cerminkan diri aku balik....macam yang BA kata tu...
Aku pun nak tanya jugaklah kat korang semua...layakkah aku digelar seorang BLOGGER??????...tolong jawab sat...

Hampa Tak Tau Ka...Akulah Mahsuri...


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Pagi2 tanam padi,
Tanam padi tepi perigi,
Aku bukan nak sok sek pasai orang tu orang nie,
aku nak cerita pasai diri aku sendiri.

Buah pelam buah kuini,
Makan bersama gula merah,
Alkisah bermulanya begini,
Cerita dibawa oleh cik Yah.

Cik Yah kita orangnya gila-gila,
Suka sangat makan cermai,
Kat opis aku nie ada satu nama dua jiwa,
Panggil satu dua-2 mai.

Cincin emas permata delima,
Terselit di jari cantik berseri,
Lalu cik Yah memberi nama,
Seorang cik Gon seorang Mahsuri.

Ada udang di sebalik batu,
Batu dibuat tembok perigi,
Kalau nak tau yang mana satu,
Sudah tentu akulah Mahsuri.

Air diminun terasa payau,
Nak makan pula tekak tak lalu,
La nie hampa dah tau,
Itulah dia nama glamour aku.


Bintang barat terbit petang,
Bintang timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi......



Abim dakwa wujud blog baru ‘Makcik Hajjah’ hina Islam

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya.

Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam.

The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya

Selain menggunakan kata-kata kesat, apa yang lebih mengejutkan laman blog ini turut memaparkan gambar seekor jerung dan Lady Gaga di atas Kaabah selain gambar-gambar lain yang menghina Islam.

Dalam entri terbaru bertarikh 24 Mei 2011, selain memaparkan laman blog itu turut memberi “pesanan” yang berbunyi: “Hari ini Allah tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat.”

“Maka, Allah menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, mengeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!.”

Bagaimanapun tindakan penulis blog ini dikecam hebat oleh pembacanya, antaranya berbunyi: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”

Rata-rata kritikan dibuat itu meminta agar penulis blog bertaubat dan tidak kurang mahu dia “dibunuh”.

Melihat kepada perkembangan terbaru ini, Abim menyifatkan kewujudkan laman blog itu bertujuan mahu menghina imej dan kesucian agama Islam.

Justeru kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, pihaknya memandang serius kewujudan laman blog yang berniat jahat itu.

“Abim memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

“Berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikan Abim, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut,” katanya.

Kata beliau, tindakan seumpama itu amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam.

Malah kata beliau satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis blog itu.

Selain itu, tegas Mohamad Raimi, pihaknya juga menuntut agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyiasat laman blog itu dan mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat.

“Menilai daripada ini, Abim menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci terhadap insiden yang mendukacitakan ini.

“Abim menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat, Abim juga mendesak agar permohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh penulis blog ini kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Sumber:

The Malaysian InsiderThu, May 26, 2011

Makna Bacaan Dalam Solat

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..



Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"wahai tuhan ku
,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas
kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Jangan Bertudung Tetapi Telanjang

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Dah mula dah...


Hahaha...weiii hampa dok buat apa tu...dok mesin kertas jugak pasai apa..Ha... tu mesti teringin jugak la tu.Iskh3..depa pun nak buat jugakkk...mula dah la tu..
Aku buat depa pun nak buat..weii tempah la kat aku..tak payah dok susah2 buat sendiri...Hehehe..
Hmmm..kat opis aku nie memang macam nie..bukan boleh ada orang yang mula buat...lepas tu ada la orang yang nak ikut..tu yang best tu..
depa tu bagi semangat lagi kita nak buat..ada persaingan..
Kalau kata nak diet..habis satu opis pakat dok diet jugakk...tapi ada yang berjaya,ada jugak yang kecundang...
Kali nie pakat2 dok test kreativiti masing2 pulak...dok buat Quilling .Bukannya apa aktiviti nie secara tak langsung boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan ...yer la..budak2 memang suka dok gulung2 kertas nie..cuti sekolah pun dah mula esok...boleh la jadikan Quilling Craft nie sebagai aktiviti cuti sekolah..
Aku pun dah semakin seronok buat quilling nih..semua benda nak dihiaskan dengan quilling..semalam ada dapat buku nota kecil...pun dah dihiaskan dengan quilling...Jom tengok...




Yang nie .. buat frame gambar untuk adik ..