Rose Jepun / Portulaca Grandiflora

Sekarang nie dah menjadi kegilaan ramai menanam bunga Rose Jepun.Tak Ketinggalan aku pon sama...turut menjadi gila...hhehehe..gila tanam pokok la..bukan gila sakit jiwa tu...
Rose Jepun nie kalau kat sini org panggil pokok semilang @ pokok jari lipan utk yg berdaun panjang.Ia juga dipanggil .bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang...
Tips utk yang berminat nak try tanam Rose Jepun...
Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Indah dan cantik bunganya ..menjadi terapi minda di pagi hari...
yang biasa2 jer dulu yer...nanti kita belanja RJ yang rare pulak..la nie masih dalam proses pembiakan.Tunggu gedabom dulu baru tayang...
Model RJ..
kakak pon sibuk nak tanam RJ...nak bawa pi kat sekolah...habis segala botol jadi pasu...nak jimat la konon...sebelum nie aku x berapa nak ambil tahu sangat la pasal RJ nie...Asalnya pon en suami yg mula tanam kat rumah...tp bila makcik2 yg dok lalu kot rumah teruja semacam ja bila tengok RJ tu berbunga,aku pon turut teruja....bermula dgn join kelab Rose Jepun di FB,bermula lah juga hobi menanam RJ dan mengumpul pelbagai jenis RJ...
Satu lagi kelebihan RJ nie yg tak pernah aku tahu sebelum nie...Rupa2nya daun RJ boleh merawat luka ringan dgn menghancurkan daunnya dan ditampal di tempat luka tu...nanti boleh la cuba yer...

Fenomena anak Che Ta

Mata dah mengantuk nie...tapi masih  sempat lagi nak share kata2 dari seorang rakan FB...
Mari kita sama2 menghayatinya....
Fenomena anak che ta..
Sejak smlm penuh di newsfeed mama tgk semuanya berkisah puji pujian pada keindahan wajah anak che ta yg baru lahir.. tp sungguh.. mmg indah ciptaan Allah yg itu.. tp ada pula yg membanding2kan kecomelan anak che ta tu dg anak2 artis yg lain.. tak kurang pula yg banding2kan dgn anak sendiri..
'kalau lah aku dpt anak comel mcmtu mmg cium tak lepas la..
'kalau nak anak hidung mancung terletak mcm anak che ta ni kena la kawen dgn mat saleh..'
Malah ada yg sanggup minum air soya berkotak2 masa hamilnya dgn harapan lahirnya anak yg putih melepak nanti tanpa mengambil kira kesan buruknya pada anak.. ikut pembacaan mama dulu.. kulit anak akan jadi sensitif..

Secara tak sedar mugkin kita seolah tak bersyukur dgn apa yg kita ada.. apa yg Allah telah anugerahkan pada kita.. yg cukup sifatnya tp mungkin tak seputih secantik anak che ta..tp anak kita mungkin Allah kurniakan sihat tubuh dan akalnya.. sedap juga mata memandang..
Ada juga ibu2 yg Allah uji dg 'anak syurga' yg mungkin tak cukup indah sifatnya dimata.. namun sbnrnya anak itu la yg bakal pimpin tgn ibu bapa mereka ke syurga kelak.. bagi mama.. anak2 itulah yg paling comel sekali dlm indahnya ciptaan Allah.. indah sbb ibunya sangat tabah dan masih penuh rasa cinta dan kasih syg memeliharanya walaupun anak itu tak berdaya lakukan apa2.. mugkin juga tidak kenal pun ibu yg menjaganya.. anak2 autism.. anak2 b.a (biliary atresia) anak2 G6PD.. mereka sgt istimewa..
Setiap anak itu ada keindahannya tersendiri.. putih tak semestinya cantik.. kain kafan itu putih tapi ia menakutkan.. hitam tidak semestinya hina.. Kaabah itu hitam namun ia menenangkan jiwa..  ♡ Dengan itu.. bersyukurlah walau apapun warna anak kita..
Anak Che Ta (Aaisyah Dhia Rana)
Anakku (Nur Safiya Raiqa)
Yang mana lagi comeiii...hehehhe..

Jom Tanam Bunga Bhg.2

Nikmatilah kebesaran dan Keindahan ciptaan Allah S.W.T..