Showing posts with label Info dan berita. Show all posts
Showing posts with label Info dan berita. Show all posts

Rahsia Dan Kelebihan Di Dalam AIS.



###FAKTA YANG WAJIB DIAMBIL KISAH###

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Hebatnya seorang wanita yg. bergelar Ibu...

Hebatkan....wanita yg bergelar Ibu.Terutama fakta yg no 6 tu...sanggup menanggung kesakitan yg orang lelaki tak mungkin mengalaminya....walaupun berkali-kali.

‘Sampai bila pun dia tetap perempuan'

Ya Allah...takutnya dgn keadaan zaman sekarang nie...mcm 2 hal....sampaikan lelaki dan perempuan pon susah nak kenal pasti...


KUALA LUMPUR – Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.

Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepadaSinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.

Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.

“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.

“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.

Connie menambah, MyKad Sri Wani bukan sahaja tertera perkataan perempuan, malah kad perakuan Islam Sri Wani juga mencatat Sri Wani sebagai perempuan.

Ditanya reaksinya mengenai tindakan suami Sri Wani, Bahrom Sanugi, 61, memfailkan permohonan pemeriksaan jantina terhadap Sri Wani di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, Connie menyifatkannya sebagai memeranjatkan.

“Saya tidak faham kenapa selepas lebih setahun berumahtangga, timbul isu mengenai jantina.

"Kalau dia (Sri Wani) betul-betul lelaki, kenapa suami pertamanya tidak mempertikaikannya dulu?.

“Bab rumah tangga, dia jarang cerita. Katanya semua baik dan saya kira dia bahagia. Kalau ada pun pergaduhan dalam rumahtangga, itu perkara biasa,” kata ibu dua anak itu.

Connie turut memaklumkan akan mengambil tindakan saman terhadap sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan gambar tempat tinggal dan premis perniagaan Sri Wani.

Menurutnya, gambar itu dirakam tanpa kebenaran beliau mahupun Sri Wani.

“Perkara itu bukan sahaja menjejaskan maruah keluarga, malah membahayakan keselamatan Sri Wani.

“Sekarang sudah ada orang yang berani mengekori Sri Wani hingga ke rumah. Dia juga ada beritahu banyak terima panggilan daripada orang yang tak dikenali; ajak berkenalan, ajak kahwin dan macam-macam lagi.

“Setiap orang ada privasi. Tolonglah hormatilah privasi Sri Wani,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/

10 Fakta Tentang Kelahiran


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



Alhamdulillah...dah nak masuk 5 bulan usia kandungan aku yg ke-4....belum tahu lagi jantinanya.Rasa x sabar menunggu saat kelahiran....Auni pon dah dok praktis membahasakan dirinya kakak......

SLE (Sistem Lupus Eritematisus)

PengenalanSLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut.

Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.

Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Punca penyakit:
1. Disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang tidak normal terutama berkaitan dengan hormon-hormon tertentu.
2. Bahan-bahan genetik yang bertindak sebagai agen penyebab kegagalan sistem imun.

Kecelaruan dan kegagalan sistem immune atau sistem ketahanan tubuh adalah kesan sakit SLE ini. Di dalam pengalaman penulis merawati pesakit-pesakit SLE, punca kepada kecelaruan dan kegagalan sistem ketahanan tubuh adalah disebabkan oleh gangguan halus iaitu sejenis jin. Ada sejenis jin yang menyerang pesakit-pesakit SLE ini dan ia selalunya menyerang otak dan urat saraf pesakit dan ini menyebabkan kecelaruan dan gangguan kepada sistem ketahanan tubuh.
Sintom1. Di peringkat aktif SLE akan mnunjukkan tanda-tanda berikut:
- keletihan yang amat sangat
- demam yang tidak menentu
- pecah-pecah mulut
- selsema
- sakit bahagian kepala
- sakit sendi-sendi dan otot
- gangguan urat saraf
- kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet yang rendah

2. Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama mingkin timbul di pipi dan hidung

3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak

4. Kulit
- Menjadi ke merah-merahan terutama jika terdedah kepada cahaya matahari dan mudah beruam (photosensitive rash)
- Alah kepada ubat yang mangandungi sulfur atau penisilin
- Radang pada salur darah halus di dalam kulit boleh mengakibatkan tompok-tompok halus merah timbul di bahagian siku, jari tangan dan jari kaki (vaksulitis)
- Jari-jari menjadi pucat kebiru-biruan (fenomena Raymand) apabila terdedah pada kesejukan atau berlaku gangguan emosi

5. Rambut
- Keguguran rambut dalam masa beberapa bulan

6. Sendi-sendi
- Radang sendi pada pesakit yang teruk boleh menyebabkan kecacatan

7. Jantung dan paru-paru
- Gejala radang membran di bahagian jantung, paru-paru dan perut. Ia dikenali sebagai serositis
- Merasa sakit dada ketika menarik nafas

8. Otak
- Radang pada tisu-tisu otak boleh mengakibatkan kemurungan, sawan, perubahan sikap secara tiba-tiba, lemah sebelah tangan atau mirgain yang teruk

9. Buah pinggang
- SLE mengakibatkan sindrom refrotik, tekanan darah tinggi dan hematuria mikroskopik
- Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut atau kronik

Komplikasi:
Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE
1. Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah
2. Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak di leher dan bahu
3. Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh
4. Badan menjadi lebih berbulu
5. Jerawat
6. Lemah-lemah otot
7. Katarak
8. Kemurungan
9. Gastritis
10. Garam dan air akan berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak
11. Tanda-tanda jangkitan pneumonia akan hilang
12. Tekanan darah tinggi
13. Osteoporosis terutama pada tulang belakang dan sendi pinggang

Langkah pencegahan kepada pesakit SLE:
1. Elakkan terkanan (stress) kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu sentiasa berfikiran positif.
2. Merokok meningkatkan risiko SLE.
3. Pengubahsuaian gaya hidup - diet yang bersesuaian, banyakkan senaman.

Air garam penawar racun

BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.

Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.

Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.

“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.

“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.

“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,” ujarnya kepada Jurnal.

Selanjutnya...

kurma RM1

GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Raya:Fizz dan Jehan


PROFIL

NAMA SEBENAR: Mohd Jehan Miskin
TARIKH LAHIR: 4 Disember 1979
USIA: 32 tahun
TEMPAT LAHIR: Gelugor, Pulau Pinang
PENDIDIKAN: Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer dari University of Lincolnshire, Humberside, United Kingdom
KERJAYA: Model, pelakon, pengacara, penerbit dan Pengarah Urusan syarikat produksi Mastermind Group Sdn Bhd
FILEM: Qaisy & Laila, Gong, Nana Tanjung, Anak Halal, Skrip 7707, Tolong Awek Aku Pontianak, Cun, Hikayat Merong Mahawangsa. Apokalips
DRAMA: Awan Dania, Mertua vs Menantu, Miftahul Jamilah 5 Jingga, Manjalara, Kasih Di Bawah Bayu, Frontpage, Seiras, Dan Jendela Pun Terbuka, Bunga Senja, Traffic Light, Sutra, Bintang Yang Seribu, Pabila Cahaya Bersinar Semula, Begitulah Cinta, Nasrul Genius, Temukan Ertinya, Dengan Nama Cinta



PROFIL

NAMA SEBENAR: Mohd Fairuz Zainal Abidin
TARIKH LAHIR: 22 Oktober 1979
USIA: 32 tahun
TEMPAT LAHIR: Raub, Pahang
KERJAYA: Pelakon dan pengacara
FILEM: Gerak Khas The Movie, Orang Minyak, Anak Halal dan Nur Kasih
DRAMA: Stanza Cinta, Mentari Corporation, Peluang Kedua, Puteri, Famili Ceria, Dua Hati, Kaizer, Kaber Hero Kaber Zero, Anak Betong, A.D.A.M, Kekasihku Seru ,Nur Kasih
Program televisyen: Oh Rupanya

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana setiap kali datang�nya Syawal, ia bagai sebuah permulaan kerana setiap perkara kerana ini satu-satunya peluang untuk saya berhimpun bersama sanak-saudara dan berkunjung ke rumah teman-teman. Itulah kemanisan dan keindahan Aidilfitri yang saya fikirkan rugi jika dilepaskan." Fizz..

Nak tahu apa persiapan Hari Raya mereka????Jom Klik SINI..

Mercun digenggam meletup


Kenapa yer...tak pernah serik budak2 nie.Setiap tahun ada jer kemalangan akibat mercun.Walaupun ada yang meninggal akibat mercun nie masih juga tak serik.Masih juga dorang tu nak jual benda yang mendatangkan mudarat nie..

KUALA TERENGGANU: “Shafik minta izin untuk keluar bersembahyang Tarawih di surau Al Taqwa berdekatan, tetapi tidak lama kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada seorang rakannya mengatakan jari anak saya itu cedera akibat terkena mercun,” kata Norayati Ismail, 34, ibu Mohd Shafik Zuhairi Zainuddin, 13, mangsa kedua kemalangan mercun di negeri ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.10 malam itu, Mohd Shafik cedera jari telunjuk dan melecur teruk di tapak tangan kanan selepas mercun bola dipasang meletup ketika dalam genggamannya.


Norayati berkata, dia tidak tahu dari mana Shafik yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir, di sini, mendapat mercun berkenaan, tetapi difahamkan anaknya itu bermain mercun bersama sekumpulan rakan sebaya di perkarangan surau berkenaan ketika jemaah mengerjakan Tarawih.

“Selepas membenarkan dia keluar, saya menyiapkan tempahan jahitan baju pelanggan, tetapi tidak lama kemudian saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan Shafik mengatakan anak saya

Hari Raya 2011 :20 Barang harga Dikawal

Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 20 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia termasuk dua barangan baru iaitu bawang besar import dan bawang putih import yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.

"Kita takut peniaga akan menaikkan harga bawang kerana permintaan tinggi pada musim perayaan ini, jadi kita tetapkan harga maksimum bawang bagi bawang besar import adalah RM3 sekilogram dan bawang putih import (China) RM6 setiap kg," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Harga runcit maksimum bagi ayam ialah RM6.10/kg, ayam standard (RM7.20/kg), ayam super (RM8.05/kg) dan daging lembu tempatan (RM20/kg).
barangan harga terkawal lain termasuk daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang merah kecil (India) dan ikan kembung.
Beliau berkata, 1,000 pegawai pemantau harga dan 2,000 pegawai penguatkuasa akan menjalankan pemantauan di seluruh negara.


Tonton tv pendek nyawa

LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.

Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.


Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.

“Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.


Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.


“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.

Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen.


Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi

Sumber:myMetro

Cerai Atau Kekal

SAAT BAHAGIA...Jimmy dan Nursuhaila ketika majlis perkahwinan mereka tahun lalu.

APA KATA JIMMY

SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki.

Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.

Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.

Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.

Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.

Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.

Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.

Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.

Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.


Jimmy Shanley Kaki Pukul Dan Suka Kongkong???


PETALING JAYA: “Saya tidak akan kembali semula kepadanya walaupun dia sudah berubah, tetapi saya maafkan kesalahan dia,” kata Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh, 31.

Wanita itu juga menegaskan tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadapnya.


Nursuhaila mengesahkan demikian pada sidang media yang diadakan semalam untuk menjawab segala kontroversi hubungannya dengan suami termasuk yang terbaru mengenai majlis cukur jambul bayi mereka.

Ini kali pertama Nursuhaila mengadakan sidang media yang dihadiri bapanya, ahli perniagaan, Datuk Suhaimy Othman. Bagaimanapun, Suhaimy tidak memberi kenyataan kepada media.


Nursuhaila berkata, dia mengadakan sidang media selepas begitu lama bersabar dengan pelbagai kenyataan Jimmy mengenai rumah tangga mereka. Bagaimanapun, kesabaran itu hilang apabila pelakon itu menghebahkan dalam media kononnya majlis cukur jambul anak mereka dibatalkan.


“Jimmy memberitahu media majlis itu yang kononnya diadakan pada Sabtu lalu dibatalkan, tetapi sebenarnya majlis itu akan berlangsung esok (hari ini) dan itu bukan majlis Jimmy, sebaliknya abah yang rancangkan semua dan ini majlis tahunan termasuk untuk cukur jambul anak abang saya,” katanya.

Dia berkata, Jimmy tidak berhak membuat kenyataan mengenai majlis berkenaan kerana itu bukan majlis dia.


Nursuhaila berkata, bapanya sentiasa mengadakan majlis tahunan untuk rakan dan media setiap kali Ramadan dan Aidilfitri sejak lima tahun lalu.

Selanjutnya..


Makan Durian Pun Boleh Gemuk Ker????


Memandangkan sekarang nie musim durian ...sama-samalah kita kaji jadual kat atas tu, sama ada makan durian tu boleh gemuk ka tak ...yang paling utama, cuba perhatikan ruangan bertanda biru tu...jadual nie aku dapat kat dalam website Susu Sejat.com...makan tu makan juga..kesihatan kena jaga...kalau dah terlebih nikmat makan pun,mendatangkan kemudaratan kat kita pula nanti...
kalau masih was2 dan ragu2 atau masih belum dapat jawapannya, jom p sini...

Bayar Fidyah

Maksud Fidyah adalah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakili satu hari yang tertinggal puasa Ramadan padanya.

Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670 gram.

Contohnya si polan telah meninggalkan puasanya sebanyak lima hari, maka dia wajib membayar fidyahnya sebanyak lima cupak beras kepada fakir miskin.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Puasa yang diwajibkan itu adalah beberapa hari tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)

Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.

Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.

Penangguhan membayar zakat akan menyebabkan fidyahnya berganda mengikut tahun. Bagi mereka yang meninggalkan puasa dengan uzur syarie, selepas itu tidak mampu menggantikan puasa tersebut maka hendaklah membayar fidyah pada tahun yang sama dengan bagi setiap hari satu cupak.

Sekiranya seseorang itu telah mengetahui bahawa dia tidak akan dapat berpuasa atas alasan-alasan syarie maka hendaklah bersegera dalam melangsaikan fidyah tanpa bertangguh.

Apabila ditangguhkan pembayaran fidyah sehingga menjelma bulan Ramadan pada tahun berikutnya maka fidyah menjadi ganda mengikut tahun.

Contohnya Abu tertinggal puasa pada tahun 2005 sebanyak 10 hari kemudian dia didapati menghidap penyakit yang sukar diubati, dan dia juga disahkan tidak boleh berpuasa maka dia hendaklah membayar fidyah pada tahun 2005 tetapi dia tidak berbuat demikian.

Namun pada tahun 2011 dia sedar bahawa fidyah bagi puasa yang ditinggalkan pada tahun 2005 perlu dibayar. Apa yang harus dilakukan oleh Abu ialah pertamanya mengira hari yang tertinggal puasa, iaitu 10 hari x dengan gandaan 5, iaitu lewat 5 tahun, maka jawapannya adalah 50 hari, setiap hari satu cupak x dengan 50 hari> 50 cupak.

Kadar satu cupak adalah nilai zakat fitrah yang dibahagikan kepada 4. Katakan zakat fitrah bagi negeri Selangor tahun 2010 adalah RM7/4>1.75. Maksudnya 50 x RM1.75> RM87.50. Begitulah seterusnya dalam pengiraan bayaran fidyah.

Namun ada yang berpendapat bahawa fidyah tidak wajib bagi mereka yang mampu berpuasa, kerana fidyah hanya dikenakan ke atas mereka yang sudah tentu tidak dapat berpuasa. Bagi mereka yang mampu berpuasa hendaklah mengqadanya bukan dengan membayar fidyah.

Namun pandangan membayar fidyah bersama qada puasa juga disetujui oleh ulama Mazhab al-Syafieyyah.

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam memberikan keringanan (rukshah) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin.

Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin.

Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya.

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan fidyah adalah dua perkara yang berbeza.

Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar fidyah, maka anda boleh mewakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin. Boleh juga membayar fidyah di kaunter-kaunter zakat negeri masing-masing.


Sumber:Utusan Online

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air

Sophea Isabella

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

Sumber:Kosmo

Akhirnya Kutemui Cinta-Mu...

Catatan itu berbunyi begini, "… duduklah saya di sudut rumahnya itu berfikir apa yang hendak saya lakukan. Nak peluk Islam, hati berbelah bagi. Kalau tak masuk Islam pula, ustaz itu tak mahu ajar saya mengaji. Kalau tak mengaji, nanti kena pukul dengan ayah. Saya dalam dilema.

"Akhirnya setelah 15 minit berfikir, saya ambil keputusan untuk ikut arahan ustaz itu. Lebih baik peluk Islam daripada kena marah dengan ayah. Ustaz itu ajar saya mengucap... Asyhadualla ilahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammadar Rasulullah…

"Sejurus habis mengucap, bagaikan ada sesuatu diturunkan Allah pada saya. Allah cabut segala kerisauan, kekusutan dan kebimbangan daripada hati dan fikiran saya. Fikiran saya jadi lapang, hati saya terlalu tenang, satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum itu. Alhamdulillah, mungkin inilah cinta dan hidayah Allah pada saya. Ketika itu juga saya bertekad akan mempelajari Islam sepenuhnya. Saya akan cari sendiri pengetahuan tentang Islam walaupun tiada orang yang mahu mengajarinya."

Begitulah detik awal kemasukan penyanyi nasyid terkenal, Nazrey Johani, ke dalam agama Islam, kira-kira 30 tahun lalu. Mungkin sebahagian daripada kita tahu, Nazrey adalah saudara baru, namun kebanyakan kita tidak tahu bahawa beliau memeluk Islam akibat dipaksa oleh bapanya.

Rupa-rupanya Nazrey memeluk Islam kerana takut dipukul oleh bapanya itu, yang asalnya adalah penganut taat kepada agama mereka.

Rupa-rupanya juga, selepas menjadi saudara baru, Nazrey sanggup berjalan kaki lebih satu kilometer untuk bersolat dan belajar mengaji di masjid. Kemudian, Nazrey korbankan masa bermainnya dan dalam masa enam bulan sahaja, sudah mampu membaca al-Quran, jauh mengatasi kawan-kawan sebayanya yang memang beragama Islam.

Menarik juga untuk diketahui, hampir setahun Nazrey dan kawan-kawan sekolahnya 'mempermainkan' guru mereka dengan memakai seluar panjang bagi menutup aurat, yang ketika itu tidak dibenarkan pemakaiannya. Akhirnya berkat usaha mereka, pentadbiran sekolah terpaksa 'mengalah' dan pemakaian seluar panjang dibenarkan di sekolah berkenaan.

Selanjutnya...

Kalam Imam Muda:Teknologi Wadah Kebaikan


SEJAK menulis bagi ruangan Kalam Imam Muda Metro Ahad minggu lalu, saya menerima banyak maklum balas serta komen daripada pembaca sama ada menerusi e-mel mahupun laman sosial Facebook.

Saya kira ini permulaan baik dan insya-Allah, setiap pandangan akan diambil perhatian bagi memperbaiki diri dan berkongsi ilmu serta pandangan untuk kebaikan bersama.


Sebenarnya, saya tidak menyangka program Imam Muda yang saya sertai itu menghasilkan gelombang besar di kalangan masyarakat di Malaysia serta negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

Saya kira, masyarakat dapat menerima dan mengiktiraf kehadiran kami dalam dunia dakwah yakni satu perkembangan sihat, di mana masyarakat mampu menerima pandangan orang lain.


Hari ini, ke mana saja saya berada orang akan datang bersalaman, berbual dan bergambar bersama. Semacam ada mata mengekori setiap langkah dan gerak-geri saya.


Satu pengalaman yang tidak pernah dialami sebelum ini walaupun kadangkala terasa rimas, tetapi itulah hakikatnya sama ada suka atau tidak, saya kena harungi.

Ibu saya banyak memberi nasihat dan sokongan kepada saya pada waktu ini. Dia faham kini kehidupan saya menjadi milik bersama masyarakat.


Jujur, saya tidak pernah berasa popular tetapi kuasa media membuatkan masyarakat mengangkat diri saya menjadi selebriti.

Ugut bunuh isteri minta baju raya

Hmmmm...kalau semua suami macam nie...habis ler tukang jahit baju....

KAJANG: Hanya kerana inginkan sepasang baju baru untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seorang isteri bukan saja cedera ditumbuk, ditendang dan dipijak malah turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi apabila suspek yang berusia 20-an berang kerana mangsa yang juga berusia 20-an sering kali memintanya membeli baju raya baru.


Akibat tidak tahan didesak mangsa, suspek bertindak luar jangkaan apabila menumbuk muka isterinya selain menendang dan memijak perut isterinya sehingga menyebabkan mangsa cedera di mata dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Suspek juga turut mengugut untuk membunuh mangsa jika terus memintanya membelikan baju baharu.


“Mangsa yang kesakitan merayu tidak terus diperlakukan sedemikian, tetapi suspek tidak mengendahkan rayuan mangsa,” katanya.


Rashid berkata, jeritan mangsa berjaya menarik perhatian jiran berdekatan menyebabkan mereka bertindak pergi melihat apa yang berlaku sebelum menyelamatkan mangsa.

Bimbang suspek bertindak lebih kejam, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada hari yang sama.


“Sebaik mangsa membuat laporan, sepasukan polis dari IPD Kajang kemudian ke rumah suspek untuk menjalankan siasatan.

Kos Perkahwinan Norman - Memey RM12 Juta.

22 JULAI 2011: Pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo menunjukkan kasut yang ditaja untuk majlis persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim, pada sidang media di Kuala Lumpur. Rafflesia menjadi penaja utama persandingan pasangan selebriti ini 28 September nanti. - Utusan/NOOR AZLINA JAAFAR


Bertuah Memey dan Norman dapat tajaan untuk majlis perkahwinan sampai berjuta-juta.Baju kahwin saja pun dah bernilai RM500 ribu....Tapi jangan la majlis perkahwinan jer meriah....lepas tu bercerai berai pula.Lepas nie, Memey kena jaga Norman betul2 la supaya tak diambil orang pula ....Kalau ikut kata orang tua-tua tu...Kalau kita rampas hak orang mungkin satu hari orang akan rampas kembali hak kita...itu kata orang tua2 yer...bukan aku yang kata.Hehehe....Walau apa pun dah jodoh mereka..dah ditetapkan oleh Allah semua segala kejadian yang berlaku.suka ka, tak ka...kita hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan Jodoh mereka...Amin.