Rose Jepun / Portulaca Grandiflora

Sekarang nie dah menjadi kegilaan ramai menanam bunga Rose Jepun.Tak Ketinggalan aku pon sama...turut menjadi gila...hhehehe..gila tanam pokok la..bukan gila sakit jiwa tu...
Rose Jepun nie kalau kat sini org panggil pokok semilang @ pokok jari lipan utk yg berdaun panjang.Ia juga dipanggil .bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang...
Tips utk yang berminat nak try tanam Rose Jepun...
Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Indah dan cantik bunganya ..menjadi terapi minda di pagi hari...
yang biasa2 jer dulu yer...nanti kita belanja RJ yang rare pulak..la nie masih dalam proses pembiakan.Tunggu gedabom dulu baru tayang...
Model RJ..
kakak pon sibuk nak tanam RJ...nak bawa pi kat sekolah...habis segala botol jadi pasu...nak jimat la konon...sebelum nie aku x berapa nak ambil tahu sangat la pasal RJ nie...Asalnya pon en suami yg mula tanam kat rumah...tp bila makcik2 yg dok lalu kot rumah teruja semacam ja bila tengok RJ tu berbunga,aku pon turut teruja....bermula dgn join kelab Rose Jepun di FB,bermula lah juga hobi menanam RJ dan mengumpul pelbagai jenis RJ...
Satu lagi kelebihan RJ nie yg tak pernah aku tahu sebelum nie...Rupa2nya daun RJ boleh merawat luka ringan dgn menghancurkan daunnya dan ditampal di tempat luka tu...nanti boleh la cuba yer...

Fenomena anak Che Ta

Mata dah mengantuk nie...tapi masih  sempat lagi nak share kata2 dari seorang rakan FB...
Mari kita sama2 menghayatinya....
Fenomena anak che ta..
Sejak smlm penuh di newsfeed mama tgk semuanya berkisah puji pujian pada keindahan wajah anak che ta yg baru lahir.. tp sungguh.. mmg indah ciptaan Allah yg itu.. tp ada pula yg membanding2kan kecomelan anak che ta tu dg anak2 artis yg lain.. tak kurang pula yg banding2kan dgn anak sendiri..
'kalau lah aku dpt anak comel mcmtu mmg cium tak lepas la..
'kalau nak anak hidung mancung terletak mcm anak che ta ni kena la kawen dgn mat saleh..'
Malah ada yg sanggup minum air soya berkotak2 masa hamilnya dgn harapan lahirnya anak yg putih melepak nanti tanpa mengambil kira kesan buruknya pada anak.. ikut pembacaan mama dulu.. kulit anak akan jadi sensitif..

Secara tak sedar mugkin kita seolah tak bersyukur dgn apa yg kita ada.. apa yg Allah telah anugerahkan pada kita.. yg cukup sifatnya tp mungkin tak seputih secantik anak che ta..tp anak kita mungkin Allah kurniakan sihat tubuh dan akalnya.. sedap juga mata memandang..
Ada juga ibu2 yg Allah uji dg 'anak syurga' yg mungkin tak cukup indah sifatnya dimata.. namun sbnrnya anak itu la yg bakal pimpin tgn ibu bapa mereka ke syurga kelak.. bagi mama.. anak2 itulah yg paling comel sekali dlm indahnya ciptaan Allah.. indah sbb ibunya sangat tabah dan masih penuh rasa cinta dan kasih syg memeliharanya walaupun anak itu tak berdaya lakukan apa2.. mugkin juga tidak kenal pun ibu yg menjaganya.. anak2 autism.. anak2 b.a (biliary atresia) anak2 G6PD.. mereka sgt istimewa..
Setiap anak itu ada keindahannya tersendiri.. putih tak semestinya cantik.. kain kafan itu putih tapi ia menakutkan.. hitam tidak semestinya hina.. Kaabah itu hitam namun ia menenangkan jiwa..  ♡ Dengan itu.. bersyukurlah walau apapun warna anak kita..
Anak Che Ta (Aaisyah Dhia Rana)
Anakku (Nur Safiya Raiqa)
Yang mana lagi comeiii...hehehhe..

Jom Tanam Bunga Bhg.2

Nikmatilah kebesaran dan Keindahan ciptaan Allah S.W.T..

Jom Masak:Jeli Kelapa

Makan lagiiii....en suami bawa balik kelapa muda...dok fikir2 nak masak apa.Fikir2...akhirnya buat Jeli Kelapa lah..google resepi jeli kelapa...akhirnya jumpa kat dlm satu blog....hmmm apa nama blog tu yer...lupa la pulak.Apa pon terima kasih kat tuan blog ,sebab bagi resepi yg betul...alhamdulillah..menjadi jeli tu...tak keras dan tak juga lembik..sedang2 jer....


.Mai2 kita sejuk kan tekak dgn Jeli Kelapa nie....

Jom Masak: Apam seri Ayu

Sejak jadi surirumah sepenuh masa nie....inilah kerjanya.Masak2 lepas tu makan..hehhee...
Masak yg biasa2 ja...tak dak special pon...hari nie masak kuih kegemaran anak2... apam seri ayu...



Hahaha...jgn gelak noo...berbintik2 sikit apam nie..tokey kedai tu mesin nyior tu sampai ke tempurung tu yg jadi macam tu...dah pesan nak yg putih ja...dah dok kalut2 tu,dia pon lupa la kot...
hmmm ....tak pa la..janji anak2 kata sedap...

Hobi yg menenangkan hati dan minda:Jom Tanam Bunga.

Hmmmm....x minat bunga???hairan....mcm mana org perempuan boleh x minat tanam bunga..apa nak dihairankan ..mmg ada yg jenis x minat nak tanam bunga kat rumah..yg ada cuma pokok rumput.Itu pon nasib ler tumbuh sendiri..kalau tak mesti jadi padang pasir halaman rumah.
Ada pula yg jenis minat bunga..obses sangat...contohnya, aku lerr...hehehe
Siang malam asyik dok belek bunga jer...kalau keluar rumah ,pokok bunga tu lah yg aku belek dulu.

Jom jamu mata dgn koleksi bunga di laman kecil ku....

Selamat Hari Guru 2014

Assalamualaikum..
lama  tak mengemas kini teratak nie...hmmmm..asyik sibuk dgn mek kecik ja...
Hari nie singgah kejap..mengemas teratak nie..dan nak ucap terima kasih kepada cikgu2 yg telah mencurahkan ilmu kepada aku dan juga kini kepada anak2 aku juga...

SELAMAT HARI GURU...Terima Kasih Cikgu...Jasamu Di Kenang..

Hadiah untuk cikgu tadika, anak no.3....hasil kerja tangan sendiri....

Rahsia Dan Kelebihan Di Dalam AIS.



###FAKTA YANG WAJIB DIAMBIL KISAH###

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Hari Graduasi Tadika Perpaduan Langkawi

Lokasi:D'Baron Resort Langkawi.


Hanya gambar nie ja sempat ambil.Pakai baju bendera untuk persembahan.Gambar masa buat persembahan tu,x boleh nak ambil.dah la pentas tu rendah,yg duduk kat depan pula berdiri.Hmmm..nampak kepala jer la..tahun depan kena booking tempat kat depan .Hehehe...

Baja F.O.C

Kali ni teringin nak share petua nak bagi pokok ros rajin berbunga Dan kembang mekar.Tak perlu berbelanja lebih ,hanya guna bahan buangan ja...Baja FOC
Caranya ialah dgn meletakan kulit bawang dlm pasu bunga Dan menyiram dgn air basuhan beras Dan ikan.kulit pisang pon boleh juga di jadikan Baja.Dan hasilnya...

Cantik tak? Besarkan kuntuman ros tu..sebelum nie susah sgt nak berbunga.Pokok dah tinggi sampai cucur atap baru nak keluar bunga.sejak guna baja FOC tu,sampai x sempat nak potong ranting .Asyik berbunga jer.. Sampai ada sorang pak cik tu  minta benih ,sbb katanya  pokok tu rajin berbunga.Tapi kalau pak cik tu x guna petua nie,x menjadi juga.Terima kasih dekat Chu Pah ,bagi petua nie.Mudah dan jimat.

Kopiah Kait

Kopiah kait tempahan pelanggan.


Patern kopiah kait nie ambil dari blog crochetisfun.blogspot.com,cuma tak buat nama jer.

Homestay Langkawi : Inapan Desa Mahsuri

Jika anda, rakan atau keluarga ingin bercuti di Langkawi secara berkumpulan...Langkawi Homestay -Inapan Desa Mahsuri ada menyediakan penginapan yang selesa untuk keluarga anda.

Harga:RM200/1 malam
Maksimum 10 org.
Check in 2 pm.-.check out 12pm
lokasi :berhadapan Makam Mahsuri
          Kampung makam mahsuri
          Mukim Ulu Melaka
          07000Langkawi,Kedah.

*10 minit ke Airport
*20 Minit ke pekan Kuah
*20 minit ke Pantai Cenang

Kemudahan Yg. Disediakan:
3 bilik tidur, 2 bilik air
2 bilik dilengkapi dgn. katil kelamin dan Aircond, 
1 bilik dgn. katil bertingkat (double+single) dan kipas siling berserta selimut & 1 tilam 'TOTO' ( bantal &tilam "TOTO" tambahan disediakan atas permintaan akan dikenakan bayaran tambahan)
1 Ruang tamu & 1 Ruang makan
Tv(Astro),peti sejuk,mesin basuh Peralatan memasak
Kelengkapan solat juga disediakan....

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
017-4805607(Azlina)
012-4912868(Johari)

Facebook:Inapan Desa Mahsuri




PENGESAHAN TEMPAHAN 
Sila masukkan deposit sebanyak RM100 ke Maybank A/C 102072239910 (AZLINA ISMAIL) dalam tempoh 48 jam dari tarikh tempahan dan kami akan menyekat tarikh dan rizab homestay untuk anda. Jika tiada bayaran deposit RM100 diterima dalam tempoh itu, kami akan melepaskan semula homestay untuk tempahan terbuka.

 PERHATIAN
 PENGINAPAN UNTUK MUSLIM SAHAJA

KERETA SEWA PANDU SENDIRI,ISLAND HOPPING DAN 

MANGROVE TOUR  BOLEH DIURUSKAN



Koleksi Sulaman Tempahan Pelanggan


Comel nyerrrr.....

Dulu masa ada 2 org anak lelaki,bila p shopping dok belek2 jer baju budak perempuan.Geram betul tgk...comel2 ..last2 beli gak sehelai utuk anak sedara perempuan.Beli kat anak sedara ja la..anak sendiri dua2 lelaki.Budak lelaki ,macam tu jer la bajunya..asyik t-shirt ngan seluar jer... tak banyak pilihan.
Hmmmm...Bila dah ada sorang anak perempuan, tak sempat la pulak nak beli baju...Aikss tak sempat?? pelik bunyinya tu...hehhee.Macam mana nak sempat beli kalau dah sejak lahir lagi , Mama Long dok bagi baju sepupu perempuan yg dah tak muat dipakai tapi masih elok.Nak beli pon baju dah banyak.Budak2 nie cepat membesar..nanti tak sempat pakai,baju dah kecil.Bila Auni dah besar semua baju tu bagi balik kat Mama long untuk dipakaikan kat baby baru...
Bila dapat anak perempuan yg kedua pula,ingatkan mesti kena beli banyak baju baru sebab semua baju dah bagi balik.Masa mengandung tu ada la beli lima,enam helai baju ...lepas tu..hmmmm sama jugak x sempat nak beli,cuma dua tiga kali ja beli.Kali nie pulak adik Raiqa selalu dapat baju daripada makngah Ah...nie semua geram punya pasal la..tengok adik Raiqa pakai baju kembang comel2 tu...Alhamdulillah..rezeki anak2 perempuan...jimat belanja Mama dan Abah ...hehehehee...

Sedar tak Sedar Dah 8 Bulan....

Hmmm...pejam celik ,pejam celik..dah 8 bulan umur anak kecil ku Raiqa..telatahnya yg manja menjadi penghibur kami sekeluarga...dan juga peniaga2 kat makam mahsuri.Hari2 kena p kat kedai di makam mahsuri, sebab dorang nak main dgn Raiqa...terutama kakak Nurul.Seronok la si Raiqa tu di manjakan oleh kakak Nurul...Aku pon tumpang seronok, sebab boleh relak sikit...hehehe..Terima kasih Kakak Nurul sebab selalu jaga Raiqa....

Cak!!!!Berposing atas pelamin...

Macam kembar x? Raiqa dgn sepupu Nur Azilia Erisya....Anak sedara aku yg sorang nie dah kematian ibu ketika berusia 4 bulan.Sekarang nie dah 6 bulan..tok dan tok wan jer la tempat bermanja..

Bestnya dapat naik buaian nie....Taman Permainan Kuah ,Langkawi..

Amboii....Senyum ala2 sopan & ayu ...sedang didukung oleh makngah Ah (Tokey Kedai baju kat makam mahsuri) Raiqa selalu dpat baju free dari makngah Ah nie...Hehehe

Tempahan Sulam Baju Kurung



Alhamdulillah...Rezeki dari mesim NV 950 brother walaupun secara kecil-kecilan...

Tempahan Sulaman Lagi.....



Lagenda Mahsuri-Zek Zairie(Original Version)

Lagu yang sering berkumandang di Makam Mahsuri(Kota Mahsuri)....bole di dengar dari Homestay Inapan Desa Mahsuri...


Sulaman Baju Kurung

Assalamualaikum....
Hari nie nak cerita bab sulaman la pulak...hmmm..hebatkan aku nie,semua boleh buat..hehehhe..
Terlebih sudah...perasan.Masuk bakul angkat sendiri.
Ini lah kerja aku sekarang sejak dah jadi surirumah sepenuh masa...ingat nak buat bisnes jahitan sulaman nie sebagai pendapatan sampingan...
Ini adalah tempahan dari pelanggan aku yang pertama....moga2 dimurahkan rezeki dan harap2 akan ada banyak lagi tempahan..Amin.