Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat,

maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1. HAK KEPADA DIRI

Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR

Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)

Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)

Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)

Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah pesanku biarpun dengan sepotong ayat".

Crochet For Baby Anissa Faiha

Assalamualaikum...

Kali nie nak share hasil dari kraftangan mengait.....nak kata pertama kali buat ...tak lah juga..

sebab memang dah lama dok mengait nie...tapi dah lama juga tak mengait..cuma bila dok tengok kat internet tu...cantik2 sangat patern2 baju untuk baby....rasa teringin pula nak buat.

Dah kebetulan dapat anak sedara baru..inilah peluangnya untuk cuba buat..





Mula tu tak letak riben pun...tapi nampak macam kosong sangat kat depan...

patern baju dan topi nie saya dapat kat blog Walnutshoppe....terima kasih sebab sudi berkongsi link untuk didownload....






Petua Lembutkan Hati Suami

Assalamualaikum...
Selamat pagi...di pagi jumaat yang mulia nie nak share satu petua untuk para2 isteri..semoga memberi manfaat kepada kita semua....

Beberapa PETUA yang disediakan ini kemungkinan dapat membantu dalam usaha menambat/melembutkan hati suami:
  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.
  2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
  3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami danbelikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.
  6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.
  7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.
  8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.
  9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  10. Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
  11. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  12. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suamiketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  13. Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  14. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama..
  15. Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.
  16. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

Amalkan insyallah ada kesannya walaupun sedikit.