Gambar2 Perkahwinan Artis.

Perkahwinan Farah AF & Johan Johari

Akad nikah berlangsung di atas sebuah kapal cruise di Tasik Putrajaya tanggal 15 Julai 2011 . Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM2,500 & hantaran, RM25,185.
Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang daripada pihak perempuan. Johan menerima seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek & tali pinggang Gucci. Manakala, Farah menerima senaskah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, satu set wangian Chloe.



Perkahwinan Nurul Syuhada & Raja Amir

Nurul Syuhada kerana telah sah menjadi isteri kepada Raja Amir pada 16 Julai yang lalu di Binjai On The Park, KLCC.. Nurul Syuhada telah dinikahkan oleh bapa Nurul sendiri dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.Nurul Syuhada menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin sebanyak RM777…Majlis Resepsi pula akan diadakan pada 23 julai ini di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.





Pernikahan Noh Hujan & Mizz Nina

Acara ini berlangsung di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang kira-kira pada pukul 10.20 malam Jumaat.
pihak lelaki telah memberi hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran.Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.


Sumber:Berita Gempak
2 Responses
  1. Golden Rose Says:

    tahniah kpd semua pengantin


  2. Ina Says:

    yer la...semoga berkekalan hingga akhir hayat...