Homestay Langkawi : Inapan Desa Mahsuri

Jika anda, rakan atau keluarga ingin bercuti di Langkawi secara berkumpulan...Langkawi Homestay -Inapan Desa Mahsuri ada menyediakan penginapan yang selesa untuk keluarga anda.

Harga:RM200/1 malam
Maksimum 10 org.
Check in 2 pm.-.check out 12pm
lokasi :berhadapan Makam Mahsuri
          Kampung makam mahsuri
          Mukim Ulu Melaka
          07000Langkawi,Kedah.

*10 minit ke Airport
*20 Minit ke pekan Kuah
*20 minit ke Pantai Cenang

Kemudahan Yg. Disediakan:
3 bilik tidur, 2 bilik air
2 bilik dilengkapi dgn. katil kelamin dan Aircond, 
1 bilik dgn. katil bertingkat (double+single) dan kipas siling berserta selimut & 1 tilam 'TOTO' ( bantal &tilam "TOTO" tambahan disediakan atas permintaan akan dikenakan bayaran tambahan)
1 Ruang tamu & 1 Ruang makan
Tv(Astro),peti sejuk,mesin basuh Peralatan memasak
Kelengkapan solat juga disediakan....

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
017-4805607(Azlina)
012-4912868(Johari)

Facebook:Inapan Desa Mahsuri




PENGESAHAN TEMPAHAN 
Sila masukkan deposit sebanyak RM100 ke Maybank A/C 102072239910 (AZLINA ISMAIL) dalam tempoh 48 jam dari tarikh tempahan dan kami akan menyekat tarikh dan rizab homestay untuk anda. Jika tiada bayaran deposit RM100 diterima dalam tempoh itu, kami akan melepaskan semula homestay untuk tempahan terbuka.

 PERHATIAN
 PENGINAPAN UNTUK MUSLIM SAHAJA

KERETA SEWA PANDU SENDIRI,ISLAND HOPPING DAN 

MANGROVE TOUR  BOLEH DIURUSKAN



Comel nyerrrr.....

Dulu masa ada 2 org anak lelaki,bila p shopping dok belek2 jer baju budak perempuan.Geram betul tgk...comel2 ..last2 beli gak sehelai utuk anak sedara perempuan.Beli kat anak sedara ja la..anak sendiri dua2 lelaki.Budak lelaki ,macam tu jer la bajunya..asyik t-shirt ngan seluar jer... tak banyak pilihan.
Hmmmm...Bila dah ada sorang anak perempuan, tak sempat la pulak nak beli baju...Aikss tak sempat?? pelik bunyinya tu...hehhee.Macam mana nak sempat beli kalau dah sejak lahir lagi , Mama Long dok bagi baju sepupu perempuan yg dah tak muat dipakai tapi masih elok.Nak beli pon baju dah banyak.Budak2 nie cepat membesar..nanti tak sempat pakai,baju dah kecil.Bila Auni dah besar semua baju tu bagi balik kat Mama long untuk dipakaikan kat baby baru...
Bila dapat anak perempuan yg kedua pula,ingatkan mesti kena beli banyak baju baru sebab semua baju dah bagi balik.Masa mengandung tu ada la beli lima,enam helai baju ...lepas tu..hmmmm sama jugak x sempat nak beli,cuma dua tiga kali ja beli.Kali nie pulak adik Raiqa selalu dapat baju daripada makngah Ah...nie semua geram punya pasal la..tengok adik Raiqa pakai baju kembang comel2 tu...Alhamdulillah..rezeki anak2 perempuan...jimat belanja Mama dan Abah ...hehehehee...

Sedar tak Sedar Dah 8 Bulan....

Hmmm...pejam celik ,pejam celik..dah 8 bulan umur anak kecil ku Raiqa..telatahnya yg manja menjadi penghibur kami sekeluarga...dan juga peniaga2 kat makam mahsuri.Hari2 kena p kat kedai di makam mahsuri, sebab dorang nak main dgn Raiqa...terutama kakak Nurul.Seronok la si Raiqa tu di manjakan oleh kakak Nurul...Aku pon tumpang seronok, sebab boleh relak sikit...hehehe..Terima kasih Kakak Nurul sebab selalu jaga Raiqa....

Cak!!!!Berposing atas pelamin...

Macam kembar x? Raiqa dgn sepupu Nur Azilia Erisya....Anak sedara aku yg sorang nie dah kematian ibu ketika berusia 4 bulan.Sekarang nie dah 6 bulan..tok dan tok wan jer la tempat bermanja..

Bestnya dapat naik buaian nie....Taman Permainan Kuah ,Langkawi..

Amboii....Senyum ala2 sopan & ayu ...sedang didukung oleh makngah Ah (Tokey Kedai baju kat makam mahsuri) Raiqa selalu dpat baju free dari makngah Ah nie...Hehehe