Mudah Dan Menyeronokkan


Assalamualaikum...

Pinjam jap slogan rancangan masakan ICIP-ICIP ....tapi memang betul la..kalau hati dah suka semuanya nampak indah belaka..kalau dah minat dengan sesuatu tu..rasa mudah dan senang ja nak buat ...

Nak share sarapan pagi nie...rajin la pulak memasak sejak akhir2 nie....hehehe


Hmmm..cempedak.Satu hari tu ada la En.suami mengadu kat aku..katanya orang jual cucur cempedak tu mahal sangat..4 ulas RM 1..kesian kat pelancong...Dah kebetulan jumpa orang jual buah cempedak ,beli la...kalau masak sendiri dapat makan banyak sikit...2 biji dia beli RM20.00..(sekilo RM4)..jadinya sebiji RM10 lah...masa dok kopek buah tu,dia cuba la bilang ..ada berapa ulas dalam sebiji buah tu...kira punya kira...modal untuk beli buah tu pun tak dapat balik...itu belum lagi termasuk modal untuk tepung dgn. minyak...kalau dah kena sendiri baru tau kan kenapa dorang tu jual harga tu...tapi kalau dapat bahan mentah dgn.harga murah tu...tak patut la kalau jual mahal..agak-agak la yer..


Cucur Cempedak

Peknga@ Lempeng Kelapa dgn.sambal Bilis


Jemput Makan Semua....









Wordless Wednesday #1



Segmen KBU:Jom Kembali Ke Sekolah.

Assalamualaikum...


Blogwalking malam2,ternampak segmen nie kat blog ahli KBU....pas tu aku pun terjah la ...Hmmm ..rasa teringin la pula nak join.Segmen nie anjuran Pakcu Sofi...

Mana paling best yer masa sekolah dulu...cuma sekolah rendah dgn. sekolah menengah ja la..aku dulu tak masuk tadika pun..terus ja masuk darjah satu.Aku rasa masa sekolah rendah la paling best...sebab masa tu kerja sekolah pun tak la berat sangat...tak kena buat nota2 yang banyak dan panjang....tapi bukannya sekolah menengah tu tak best..ada juga yang bestnya...

Pengalaman pahit...masa tingkatan dua...sebenarnya banyak juga pengalaman pahit nie..tapi aku cerita yang nie ja lah...masa kelas kemahiran hidup kita orang kena p kat bengkel...kejadian nie lepas kelas tu la...sebab lambat masuk semula ke kelas untuk matapelajaran yang lain....aku dgn sorang lagi kawan aku kena berdiri atas kerusi....Hwaaaa malunya..sebab kelas aku bertentangan dengan kelas tingkatan 4 dan 5...malu kat abg2 ting.4 dan 5 tu...semua dok ushar kat kelas aku ja...almaklum la masa tu ada abang angkat tau...Ahakssss...

Kenangan manis...masih lagi sekolah rendah...masa kat sekolah rendah,aku nie kira pelajar yang boleh dikatakan agak pandai ler...hehehe perasan..ya la...masa tu nombor paling banyak yang pernah aku dapat pun no.10 dan aku dapat keputusan UPSR pun bagus ..sekolah menengah pun ada juga..masa tingkatan 3..aku ada secret admire...wahhh cayalah...

Subjek yang paling digemari...Sains..sebab suka buat eksperimen...lepas tu cikgu sains tu jarang nak cek buku nota...seminggu atau dua minggu sekali jer dia cek...

Subjek yang tak digemari...hmmm..kebanyakannya aku tengok semua tak suka matematik termasuk la aku..pening kepala nak mengira ...tapi ,budak2 lelaki kat kelas aku masa sek.men. pandai matematik nie tapi dorang nie malas nak buat nota..jadi kita orang tukar suka sama suka la...Tapi alhamdulillah la keputusan SPM...semua matapelajaran lulus walaupun tak ler yang terbagus....



Masa tingkatan 1...Persatuan Puteri Islam buat jualan sempena hari sukan kalau tak silap...

Mari Belajar..


Cik Wanie Lovela:Give Away Button CWL.

syarat-syarat joined

1. tinggalkan link blog under comment tu..senang ja kan...
2.hebah kan di shoutbox membe..sharing is caring kan :)

folow atau tak nak folow blog cwl up 2 u..

tu je syarat dia....cwl akan pilih random je..

Nak Join Klik Sini..

Hadiah:




Hati tetap hitam

NUSAJAYA: Seramai 25 pengikut ajaran sesat Kumpulan Layar Bahtera termasuk 22 lelaki dan tiga wanita berusia 30 hingga 40 tahun yang tinggal di sekitar Taman Rinting di sini, ditahan Jabatan Agama Johor (JAJ), awal bulan ini kerana masih mengamalkan ajaran berkenaan.

Ajaran sesat itu dikatakan disebarkan di rumah ketua kumpulan itu di Masai dan sebahagian besar pengikutnya juruteknik dan pekerja kontrak. Pengerusi Jawatan kuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ajaran itu diharamkan pada 2010 dan diketuai seorang lelaki berusia 40 tahun berasal dari Selangor.


Cakap la Kalau Berani...Aku Saman Baru Tau.

Assalamualaikum
Iskh3...tak habis2 nak saman ja kerja dorang...tak boleh silap cakap sikit mesti kena saman.Kena berhati2 dan berwaspada sebelum nak bercakap..Cakap Siang pandang2,cakap MalamDengar2...
Nie...aku nak citer pasai kes saman Lisdawati dgn nadia tu...tak habis2 lagi rupanya..
Jom baca lebih lanjut....sini

Pinjam Google

Buat Anak...Buang Anak.

Assalamualaikum..
Alkisahnya sampai berperang mulut la dgn kawan aku kat opis nie....menyirap darah seketika.Bukannya apa...udah dia cakap dah baca dan dah kaji ...teman pun tanye ler....Cewahhh..Kedah ke Perak lak yer...Tak pasai2 dia marah la pulak...Dia kata "lu pikir la sendiri!!"..
Ma kalu aku pikir ..tentulah jawapannya "Boleh..yeah MALAYSIA BOLEH"..Boleh apa tu???...tak tau apa citer lagi nie...Cer citer,cer citer...."Hantu Kak Limah Balik Rumah!!!"
Nak tau apa citernyer...macam nie..Kawan aku tu ada citer pasai menggugurkan kandungan nie...Almaklum la umur dah menjejaki ke angka 40an...takut kalau2 keadaan anak dalam kandungan tak normal..katanya kalau anak tu dikesan oleh doktor tak normal atau berpenyakit boleh digugurkan...jadi aku tanya la."Kalau dari segi Hukum Islam macam mana pula??"..Tu..yang aku kena marah ..dia suruh aku pikir sendiri..Kalau ikutkan hati mana ada ibubapa yang nak anak yang tak sempurna.Tapi sebelum nak buat sesuatu,kita sebagi orang islam kena la juga ambil tahu apa hukumnya.Kalau hukumnya HARAM tak kan nak buat juga.
Jadi...aku pun mengGOOGLE SEARCH la untuk nak dapatkan jawapannya.Jom Baca apa yang aku jumpa ...

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.


sekian,
sila buka www.zaharuddin.net untuk lebih banyak artikel

Kenangan Indah Itu...Yang Menghalalkan..

Assalamualaikum...
Di pagi hari yang hening dan dingin ini aku meluahkan rasa syukur kerana masih dapat bernafas dengan sempurna.Dapat menghirup udara pagi dengan percuma..Alhamdulillah juga hari nie genap sudah 14 tahun usia perkahwinan aku...aku berdoa ke hadrat ilahi semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa...
Tak ada buat majlis apa-apa pun...cuma sekadar menzahirkan ucapan dan mengimbas kembali kenangan manis itu bersama En.suami...



Kad kahwin nie aku terjumpa kat bawah kerusi kereta...hmmm..ada lagi yang tersimpan rupanya..selama 14 tahun dok kat bawah kerusi kereta tu...Nasib baik tak di makan oleh Cik T..dapat juga la tunjuk kat anak2.Nie la kat kahwin Mama dgn Abah..Hehehe..kad nie untuk jemputan sebelah En.suami...tarikh 29 Jun..kenduri kat rumah aku 28 Jun dan sekali gus buat akad nikah..
Kena buat berasingan sebab kami nie dok berjiran jer kampungnya..kata orng tua2 keloi pun dengar..hari2 leh balik kampung.kalau buat sama hari ,jenuh la org kampung nak kena p makan kenduri sampai 2 buah rumah sekali gus...kalau berasingan tu dapat la gantung periuk selama 2 hari...hehehe...
Apa-apa pun doakan kami ..bahagia hingga ke akhir hayat yer...
AMIN.

Cash giveaway from mama shifa

Giveaway..Giveaway...lagi2 Giveaway.Tapi semuanya Go Away jer..
belum tiba masanya lagi kot..
Tarikh tutup:10 July 2011
klik sini..

"SAYA"

Ikut SAYA...klik sini..

Reddish GiveAway : Saya Nak Sarawak Souvenir!


Assalamualaikum...
GA lagi....kali nie GA dari Reddish..jauh nie ..nun di sana dari Malaysia Timur datang kepada Malaysia Barat...
Hari tu dah join GA FM sarawak ..tapi tak dak rezeki..kali nie join lagi kat blog adik dari sarawak pula..mana tau kot2 dapat .Nak p ke Sarawak tu..hmmm..entah bila boleh p...
Jom join..tarikh tutup 30 june 2011...sempat lagi nie..
klik sini..

1st GA RIENA & IBU


Nak join klik sini...

Assalamualailkum...
Alahai ..macam mana boleh terlepas pandang nie...padahal dah lama follow kak Ieda nie...
dapat tau pasal GA nie pun melalui blog orang lain...nasib baik belum tamat tarikh lagi...
sempat lagi nie nak join...tarikh tutup 30 June 2011..
Cepat2 sebelum terlambat..

nak tag:
Ani
Zhureen

Sarapan Pagi & Makan Tengah Hari.

Assalamualaikum...selamat pagi.


Dah sarapan ka belum???....kalau belum mai la sarapan kat sini..

Hari nie..saja la nak share menu sarapan pagi dan makan tengah hari kelmarin....



Nie sarapan pagi...kuih ketayap.Dah ada botol muncung tiga tu..cuba2 la buat benda lain pula selain roti jala tu...


Hari tu p kat rumah mak mertua ,langkah kaki kanan betul...dapat rebung dgn lengkuas...dah banyak hari dok kat dalam peti ais tu...baru kelmarin boleh masak.


Ini dia...Rebung Goreng Kunyit..

Selain gulai rebung atau dibuat ulam, rebung goreng kunyit adalah di antara makanan kegemaran aku...


Yang nie pula...Sambal bilis petai..

Satu lagi makanan kegemaran aku...walaupun baunya agak kurang menyenangkan,tetapi nie la pembuka selera.Berpinggan-pinggan nasi boleh habis nie..

Petai nie aku kutip kat dalam peti ais mak aku....Hehehe..

Dah ada banyak ambil la sikit...beruntung juga kalau tinggal dekat dgn mak nie...











kau Ada....Aku Pun Ada.

Eleh..ingat aku heran sangat ka...Kau ada...aku pun ada.Netbook???..aku pun ada.TV nipis???...aku pun ada.Apa lagi..hmmm...kamera digital???...huhh ..lagi la ada.Dah dua kali beli dah...yang dulu tu rosak..
Tapi aku sedikit tak puas hati la dengan kamera digital aku yang nie..tak leh lawan yang dulu lah.Asyik tak puas hati ja ko nie yer...macam la ko tu bagus sangat..ngeh..ngeh..ngeh..
Bukannya apa ,susah sangat nak dapat gambar yang cantik...asyik blurrr ja..dah la tu tak boleh nak gerak sikit...sampai kena tahan nafas bila nak tekan butang snap tu.Kalau kamera yang dulu tu ada anti gegaran..tak la susah sangat.
Aku rasa dah cari dah kat menu tu...tak dak untuk anti gegaran nie..tapi semalam aku cuba sekali lagi,walaupun dah banyak kali dah dok cari.Tu pun pasai gambar2 yang diambil masa main bowling tu asyik blurr ja...kena ambil banyak kali baru nak dapat yang cantik..
Cari punya cari...aku pun cuba la tekan kat satu menu tu..rasanya aku tak pernah masuk lagi kat situ...
Lailahhailallah...kat situ rupanya dia dok menyorok..serba mak nenek dok dalam tu...nak program apa semua ada...nak smile shoot ka,night potret ka semua ada ,termasuk la program untuk "Anti Shake"nie yang dah lama aku dok cari...
Tu pun,jangan.......aku la yang hebat...semua ada..tapi tak reti nak guna..hehehe..

Tolong...Jangan Apa-apakan Saya.

"Tolong...jangan apa-apakan saya".Dia merintih dan merayu sambil meronta untuk melepaskan diri.Namun tidak diendahkan oleh si lelaki durjana itu.Malah terus memeluknya dengan rakus sambil cuba untuk merebahkannya.Dia terus meronta untuk melepaskan diri sambil berdoa agar ada orang yang datang menyelamatkannya.
dalam kekalutan itu akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari pelukan si durjana itu.Dia melarikan diri ke satu sudut bilik itu.
Ahhh..macam mana aku nak melepaskan diri nie.Pintu bilik berkunci dan si durjana itu berada berdekatan pintu itu.Dia berfikir sambil mata melilau mencari sesuatu untuk dijadikan senjata bagi mempertahankan dirinya.
Akhirnya dia ternampak sebilah pisau yang terselit di dinding berdekatannya.Dia lalu mencapai pisau itu dan mengacukan kepada lelaki itu agar menjauhkan diri darinya.Namun lelaki itu masih berdegil dan mencuba untuk merampas pisau itu.

Assalamualaikum...
Haa...nie baru nak mula sebenarnya.Sekarang nie selalu sangat kita dengar kes2 rogol nie..dah menjadi sangat membimbangkan.Bukan setakat yamg muda2 ja buat perangai terkutuk nie..malah yang si tua bangka juga..betapa rendahnya akhlak dan moral orang lelaki zaman sekarang nie..bernafsukan syaitan.Maaf la no..kaum adam semua.Bukan maksud saya nak menjatuhkan martabat orang lelaki tapi ini adalah kenyataan.Bukan semua lelaki macam tu,masih ada yang baik dan beriman dan bukan semua kesalahan terletak pada kaum lelaki.Ada juga kes rogol nie berpunca dari gadis itu sendiri.
Masih ada di luar sana lelaki yang baik .Kalau lah dapat kekasih atau suami yang beriman dan berakhlak mulia seperti peserta2 Imam Muda.Allahhuakbar...Alhamdullilah.Sejuk perut ibu mengandungkannya,sejuk mata memandang dan sejuk hati nurani.Berilmu dunia dan akhirat.
Namun jika sebaliknya...Allahhuakbar..Tuhan menguji kesabaran kita sebenarnya...Tapi mampukah kita mengharunginya..
Pada situasi dalam cerita pendek di atas...pada pendapat anda ,apakah yang patut dilakukan oleh gadis itu..pisau sudah ditangan.Adakah dia perlu membunuh lelaki itu untuk menyelamatkan maruah diri.??
Apa yang kita tahu membunuh walaupun dengan tanpa niat hatta demi mempertahan diri sekalipun akan dijatuhkan hukuman oleh undang2 dunia.Cuma hukumannya mungkin sedikit ringan dari membunuh dgn niat.
Ataupun, untuk mengelakkan dari menerima hukuman undang2 dunia....dia perlu membunuh dirinya sendiri, juga demi menyelamatkan kesucian dirinya.Membunuh diri dari segi hukum Islam adalah berdosa besar.Namun aku tertanya-tanya,apakah dalam situasi tersebut perbuatan itu diharuskan atau tidak.
Ataupun terpaksa merelakan diri dinodai kerana tidak mahu melalui hukuman undang2 dunia dan tidak mahu melakukan dosa besar.
Aku berharap,kalau ada sesiapa yang arif dalam hukum agama nie,boleh memberi pandangan dan panduan.

Belasah Sampai Lembik

Tunggu apa lagi...korang belasah la puas2...biar sampai lembik...

Maunya tak lembik..sampai 4 game dorang bagi setiap orang.... tapi bukan pin tu yang lembik
aku yang lembik..habis sakit tangan dan bahu nie...

Tu la ..hari tu beria2 sangat nak main...dah orang bagi peluang tu..balun jer la...

Sebenarnya,rancang nak pergi main bowling nie pada sabtu lepas...tapi dah di booking oleh KWSP la pulak...jadi siaran tertunda la hingga ke hari sabtu minggu nie..iaitu kelmarin..Saja2 ja main dengan geng2 opis...sebab dah lama juga tak buat aktiviti bersama kawan2 kat opis nie..

Terima kasih la ..En.Mike & En.sam...kerana mengadakan aktiviti tersebut..lain kali buat lagi nooo....
Main sampai terlupa sat kat En.suami dan anak2...hehehe..lupa sat ja bukan lupa terus.Saja tak bawa anak2 sekali,sebab terus pergi dari tempat kerja.

Sebelum mula posing jap dgn. bola bowling...


Nie..baling bola ka dok bersilat...


Wahhh...cayalah..credit untuk Kak Noriah .Sangat2 sporting..walaupun tak pernah pegang bola bowling sanggup turun padang juga.Boleh tahan juga kak noriah nie..dia punya jatuhan pin lebih tinggi dari aku wehhh...hebat ooo..

Berposing sat..sementara menunggu lampu kat lorong yang kami guna tu dibaiki...dah siap sedia dah nak baling bola tu..tiba2 dorang suruh berhenti jap ..ada orang tengah dok baiki lampu...nasib baik lagi,kalau tak mau benggong adik tu kena bola...dah siap nak baling dah..tengah dok syok..tu yang dok pegang bola ,sampai tak boleh nak letak dah..


Semua pakat dok tunggu..bila nak boleh sambung main nie....











Small Story...BIG Moral..!!!!

Apabila seorang budak lelaki pergi ke kedai dengan ibunya.
Penjaga kedai melihat kanak-kanak comel dan kecil itu lalu menunjukkan dia sebotol gula-gula dan kata 'Kepada Anak itu .. adik boleh mengambil gula-gula ini... Tetapi kanak-kanak itu tidak mengambilnya.
Penjaga kedai terkejut .. Tidak seperti seorang anak kecil yang lain ,dia tidak mengambil gula-gula dari botol.
Sekali lagi beliau menyuruh budak itu mengambil gula-gula ....Sekarang ibu budak itu juga mendengar dan berkata .."Anak ambil lah gula-gula itu" ..
Namun dia tidak mengambil ...
Pekedai melihat kanak-kanak itu tidak mengambil gula-gula ... Beliau sendiri mengambil gula-gula dan berikan kepada kanak-kanak tersebut ...... Kanak-kanak itu berasa gembira dan mendapatkan dua tangan penuh dengan gula-gula....
Apabila pulang ke rumah Ibunya bertanya kanak-kanak ...
"Mengapa tidak mengambil gula-gula itu tadi ...Apabila penjaga kedai memberi kepada anda baru mengambilnya?" ...

Bolehkah anda meneka jawapannya: -


>
>
>
>




Jawapan anak itu:
Ibu! tangan saya sangat kecil dan jika saya mengambil gula-gula saya hanya boleh mengambil beberapa biji sahaja.. tetapi sekarang Ibu lihat apabila Pakcik yang memberi dengan tangan yang besar itu ....
berapa banyak gula-gula saya dapat!

Moral: Apabila kita mengambil kita boleh mendapat sedikit tetapi apabila Tuhan memberikan ... DIA memberikan kita lebih di luar jangkaan .... lebih daripada apa yang kita boleh memegang ....

The World's Amazing Secluded Houses...

Tak dapat nak bayangkan kalau la rumah aku satu2 jer macam kat bawah nie...boleh hidup ka terasing daripada orang lain....sunyi wehh...hari2 kena layan laman sosial ja la kalau nak bersosial...Tapi kalau nak kira dari segi ketenangan dan kedamaian...hmmmm...memang sesuai sangat2 la....




Yang nie best juga..tak payah beli ikan dah...pancing ja kat tepi rumah tu...

Yang nie sesuai untuk sapa2 yang nak menternak..

Ni yang nak kena Tukar..Jom Tukar



Share jer...

Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.
TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. PosMalaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Inimaklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.
Tujuannya dapat dijangkakan. Bukahkah Pos Malaysia telah melakukan pelbagai urusan sampingan seperti pembaharuan lessen memandu, pembayaran bil domestic, daftar pengundi dan sebagainya. Apa tujuannya? Pos Malaysia mungkin gulung tikar jika tidak diberi oksigen. Jadi Pos Malaysia kena kaut lagi melalui mou dengan TNB. Siapakah menjadi mangsa sebenar? Apakah TNB mahu rugi kerana dipaksa menyumbat oksigen kepada Pos Malaysia? Jawapannya pasti, TIDAK. Cara kapitalis berniaga pasti mengenakan pelanggannya. Macam mana TNB mahu ‘cover’ caj RM3.00 yang dikenakan oleh Pos Malaysia? Berikut ceritanya.
Semasa bil secara pos, anggaran penggunaan tenaga direndahkan. Contohnya, pengguna yang biasa menggunakan secara purata 1 500 KW dalam tempoh dua bulan, maka anggaran bil yang dilakukan secara pos direndahkan kepada 400 KW sahaja untuk bulan berkenaan. Maka pada bil kedua di mana pembaca meter datang ke premis, bacaan penggunaan dikira untuk tempoh dua bulan sekali gus, menjadikan jumlahnya 1 500 KW. Di sinilah pengguna diperkenakan. Benar, jumlah bayaran ditolak dengan bayaran bulan terdahulu untuk 400KW itu, tetapi nampakkah bil tuan-puan dicaj tariff sehingga peringkat keempat yang mahal itu? Di sinilah TNB ambil keuntungan secara tipu. Mengapa? Perhatikan pengiraan di bawah apabila sistem pos dilaksanakan, pengguna terpaksa membayar seperti berikut:-
1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00
200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60
200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40
100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70
Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik.
Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:-
750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. Itu baru seorang pelanggan.
Kiralah sendiri kalau 100 000 pengguna menjadi pelanggan wajib TNB.
Natijahnya, KPDNKK dan persatuan pengguna perlu bertindak segera. TNB dan Pos Malaysia perlu memberi penjelasan sekiranya maklumat dan pengiraan ini tidak tepat. Penulis mendapat maklumat ini setelah pegawai TNB sudah tidak tanah terima caci maki para pelanggan kerana bil berganda. Lalu beliau terlepas cakap dengan katanya, “ini agenda politik”. Rakyat tanyalah diri sendiri, “ ini agenda politik siapa?”.

Aura Upin & Ipin Semakin Menjadi


Assalamualaikum..
Upin & Ipin memang menjadi kegilaan kanak2 dah la nie....tak kira masa ...asyik nak tengok upin & Ipin ja.Anak kecil aku pun,kalau jumpa baju Upin & Ipin nie,memang tak nak pakai baju lain dah...kotor sekalipun ..nak pakai juga.Bangun pagi ja..terus buka Tv nak tengok Upin & Ipin..Kek Besday pun Upin & Ipin...semuanya lah upin & Ipin...
Malah Upin & Ipin nie sentiasa menjadi ingatan walaupun luar negara Malaysia.Semakin Menjadi kegilaan..bukan sekadar kanak2 ,orang dewasa pun...tak kalah juga.Hehehe...
Jom baca lebih lanjut tentang "Upin & Ipin vs Datuk Siti".....

Lawak..lawak..lawak..sampai Jadi Maharaja



Assalamualaikum dan selamat malam...

Baru habis melayan Maharaja Lawak Akhir...sebelum nie tak pernah tengok pun maharaja lawak nie...pasai kat rumah tak langgan astro warna...tapi memandangkan malam nie akhir,semua pakat berangkat p berkampung kat rumah mak mertua...siap bawa netbook lagi ..nak berblogging...nasib baik la kat rumah mak ada tenet..boleh la melawak sambil berblogging..

Kalau tanya aku minat sapa...hmmm..minat sapa saja yang lawak dia best la...tapi aku kagum la dgn Nabil,idea dia memang best..walaupun kena fikir sorang2..yang lain pun best jugak.Persaingan memang sengit la...kalau aku jadi juri...habis...tak tau nak pilih yang mana satu..

Mula2 tengok nabil...ha, nabil garenti dapat no 1.Adik ipar aku apa lagi setuju sangat la..peminat setia Nabil tu...tapi bila keluar kumpulan lain pula...mula dah pening...tak payah dok teka2 lah tunggu ja keputusan juri tu....sementara tu rehat

sekejap dgn Abg Salleh & adik mek...

Iklan sebentar..

Sama tak....????


Tahniah .....kumpulan sepah...RM 350 ribu tu..kaya,kaya,kaya ...tapi yang paling banyak dapat duit ..Nabil la..cuba korang bahagi tengok...betul tak.Sebab dia tak payah kena bahagi dah..yang lain kena bahagi pula..


Tahniah3...minggu depan kita tengok Iman muda pula...



BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK ?

Dah banyak segemn yang di anjurkan oleh BA yang terlepas.hari nak join la segmen nie..kalau nak join juga ....p sini..
Alamak nak kena cerita bagaimana membahagikan masa antara berblog dgn.keluarga....
Hmmm..macam mana nak cerita yer...bab nak meluangkan masa kat rumah tu ..tak ler menjadi masalah sangat...balik kerja sebelah petang tu,kalau nak masak kiranya kena cepat2 la...siapkan makan malam,dah selesai saja makan malam..kalau dah tak ada apa nak buat tu,on jer netbook.Hmmm apa lagi berblog ler...Anak2???...dorang nie tak kisah sangat selalunya masa cuti luangkan lebih sikit masa pada sebelah siangnya saja...cuma yang kecil jer la...yang besar tu tak lekat kat rumah pun...kalau nak buat kerja sekolah pun ..buat jer kat sebelah mama yang tengah dok berblog tu...hehehe..tapi tak la selalu..sebab selalunya dia akan siapkan kerja sekolah sebelah petang.sambil dok taip n3 tu..sambil ler jenguk2 anak kat sebelah...
Cuma bila sibuk dgn projek Sulaman Riben atau kraftangan ja,memang stop sekejap la berblog nie...kalau nak update juga kena buat waktu rehat pada hari bekerja...
Abahnya pula...tak dak masalah langsung...sebelah malam jarang ada kat rumah...sebab selalu kena buat overtime...(kena waspada nie..overtime ka apa nie..kihkihkih).Kalau ada kat rumah pun dia tak kisah sangat..selalu dok bagi sokongan juga la...nak FB ka nak Berblog ka..tak dak hal punya.cuma jangan dok mengadap netbook sampai ke pagi jer dah...Sendiri kena mau ingat la...tanggunjawab kita sebagai ibu dan isteri jangan sampai terabai...
Selesaikan dulu tugas yang wajib....lepas tu berblog ler...

Ahhh...Tak Puas hati Betul

Pinjam Jap...

Assalamualaikum...
Letih...baru masuk kerja..Lambat sikit hari nie .Bawa Auni pi ambil ubat kat sepital..demam la pulak.Semalam dia punya mengamuk sampai pukul 3 pagi...katanya sakit telinga..nak titik ubat tak nak bagi pula.Akhirnya tertidur dalam keletihan.
p cek tadi pun dia punya mengelupur macam nak kena cucuk..takut kat doktor kot...hmmm..doktor kata telinga ok ja...cuma tekak dia merah sikit..
Tapi yang tak puas hatinya,bukan kat doktor tu....kat orang lain.Hat yang dok kat kaunter depan tu...Kesian la pulak kat kawan tu ..dia tak buat salah pun .Tak pasai2 aku nie p tak puas hati kat dia...Bukannya apa,aku nie kalau jumpa orang yang susah sangat nak senyum...memang cukup tak puas hati.Pakaian cantik dah..bertudung....muka tu boleh la..nak kata cantik sangat tu dak la juga.Apa salahnya kalau senyum sikit...tak susah mana pun nak senyum...akan bertambah manis lagi muka tu...
Ini tak..muncung panjang sedepa...panggil nama orang pun bukan main lagi...konon2 tu tegas la kot...Apa,ingat kat kem PLKN ka..
Senyum la..sekurang-kurangnya orang yang sakit tu,rasa kurang la sikit....bila tengok senyuman manis tu....
Senyum tu kan sedekah..pagi2 buat amal jariah...murah rezeki..

...SENYUM..TAK PERLU KATA APA2....

Kenangan Indah Itu...Pertemuan pertama

Assalamualaikum dan selamat petang...

Tiba2 jer teringat kisah pertemuan pertama aku dgn En.suami...Masa tu aku tengah tunggu keputusan SPM...dah tak dak apa nak buat,p la kerja kat kedai souvenirs ...masa tu, tempat tu di panggil Tanamas ..la nie tak dak dah..dah jadi kawasan perumahan.Aku dengan En.suami sebenarnya satu sekolah dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah...tapi tak pernah kenal.Aku dulu masa sekolah pemalu sikit...cewahhh...dah memang jodoh berjumpa juga akhirnya.
Suatu hari tu dia p la kat kedai tu...tujuan dia nak jumpa kawan (Kak mie) yang kerja kat kedai sebelah tu...dia nie suka sangat menyakat aku...aku pun apa lagi tersenyum simpul ler malu...ahaks..

Google punya gambar
dalam dok malu2 tu..akhirnya terjatuh la hati....
dari situ la kami mula berkawan,....berkawan...dan berkawan..akhirnya berkahwin...Cinta Pertama tu...


Cempedak Ka Durian????Akhirnya Jadi Nangka..

Selamat malam semua....

Hari nie aku balik awal..ambil cuti separuh hari (claim hours).Nak tau pasai apa...haa..nak cerita la nie...

Kembang kempis dah hidung aku nie...dok ambil bau.Nasib baik la hidung aku nie agak2 mancung la sikit..kalau tak lagi la bertambah kembang..hehehe..perasan la pulak..

Masa dalam perjalanan nak ke tempat yang di tuju tu,banyak betul orang jual buah durian dgn.cempedak...Hmmm..tak payah beli la..ambil bau sudah.Sat gi nak p makan kat dusun...buat apa nak buang duit kalau boleh dapat yang free...Sebenarnya aku dgn.biras2 aku tadi p dusun buah-buahan kat kampung Ranggut..Dusun tu kepunyaan adik ipar aku punya bapa mertua...panjangnya..dipendekkan cerita dusun bapa biras aku la...

Inilah buah-buahan yang terdapat kat dusun tu..ada Setoi ,Rambutan & cempedak..durian kat atas bukit..malas nak naik .Tapi yang sedihnya...cempedak tak masak lagi...durian pula tak luruh..hwaaaa...tak dapat la nak merasa...yang boleh makan cuma rambutan dgn setoi ja....





Aikk...orang suruh kutip rambutan ...dok SMS pula..

Adoiii...lenguh dah leher nie..hawat tak mau kena buah nie...payah betui.




Hidangan......nak kata tengah hari dah pukul 4...hidangan petang la jadinya..



best tau makan nasi kat dusun..ada sambal belacan,ikan rebus dgn ulam....tak nampak orang lalu kat belakang dah..ulam tu kutip kat tepi pokok rambutan jer...
tengah dok sedap makan..tiba-tiba hujan turun dgn lebat..kelam kabut tudung nasi dan lauk...aci basuh tangan la...potong selera makan betui...kalau tak kerana hujan tu..mau tambah 2-3 pinggan nasi lagi...habis diet aku...


Haa..jangan tak tau..kat Langkawi nie kalau kawasan bukit memang banyak bunglo...rumah nie kat sebelah dusun tu jer...macam tak percaya ja...ada rumah besar kat dalam hutan tu...
kat kampung aku(Makam Mahsuri)pun, kat bukit tu habis dibeli oleh Mat Salleh....kira boleh panggil perkampungan Mat Salleh la..nanti lain kali kita cerita pasai kampung aku pula yer....










Permata Yang Hilang

Pinjam Cik google punya..

Assalamualaikum ...
Cantik kan keronsang tu...berkelip2 sinaran batu permatanya.Tapi kalau dah hilang satu permata ...huhh,macam gigi rongak..menyakitkan mata dan menyakitkan hati..Geram..
Jadi, hari nie nak share satu tip,cara nak mengekalkan batu permata kat keronsang tu...
Bahan2 nya:Pewarna kuku yang tidak bewarna dan keronsang la semestinya.
Cara2nya:Sapukan pewarna kuku tu ke atas biji-biji batu permata tu, sapu beberapa lapisan. Rasa dah puas hati semua tempat dah kena sapu, jemur sampai kering. Pasti batu-batu permata anda tu tak jatuh dan hilang.
credit to TiniHani sebab tip nie ambil dari blog dia...

Wordless Wednesday