Assalamualaikum...
Di pagi hari yang hening dan dingin ini aku meluahkan rasa syukur kerana masih dapat bernafas dengan sempurna.Dapat menghirup udara pagi dengan percuma..Alhamdulillah juga hari nie genap sudah 14 tahun usia perkahwinan aku...aku berdoa ke hadrat ilahi semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa...
Tak ada buat majlis apa-apa pun...cuma sekadar menzahirkan ucapan dan mengimbas kembali kenangan manis itu bersama En.suami...
Kad kahwin nie aku terjumpa kat bawah kerusi kereta...hmmm..ada lagi yang tersimpan rupanya..selama 14 tahun dok kat bawah kerusi kereta tu...Nasib baik tak di makan oleh Cik T..dapat juga la tunjuk kat anak2.Nie la kat kahwin Mama dgn Abah..Hehehe..kad nie untuk jemputan sebelah En.suami...tarikh 29 Jun..kenduri kat rumah aku 28 Jun dan sekali gus buat akad nikah..
Kena buat berasingan sebab kami nie dok berjiran jer kampungnya..kata orng tua2 keloi pun dengar..hari2 leh balik kampung.kalau buat sama hari ,jenuh la org kampung nak kena p makan kenduri sampai 2 buah rumah sekali gus...kalau berasingan tu dapat la gantung periuk selama 2 hari...hehehe...
Apa-apa pun doakan kami ..bahagia hingga ke akhir hayat yer...
AMIN.
cantiknya kak khawin ina...eng style lagi..
semuga berbahagia hingga ke hujung nyawa...
Amin..terima kasih kak...