Sempurnakan Hari Dengan Keberkatan

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

Abu Hurairah r.a

Huraian

Pengajaran hadith:i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.Ii) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.Iii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini ,malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan. iv) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya.

Amalan Yang Dituntut

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah Taala menyeru Jibril dengan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya"; Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itu penduduk langit pun mengasihinya; setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah Taala bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman: "Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia". Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekalian membencinya"; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dan dipulaukan di bumi." ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.iii)Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.iv)Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.

Abu Hurairah r.a

Huraian

Pengajaran Hadith:i) Umat Islam dilarang melakukan perkara yang buruk dan dibenci agama dan masyarakat tetapi hendaklah sentiasa berbuat kebaikan. Ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.Iii) Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.iv) Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.

Kerabu Ikan

Assalamualaikum...Selamat petang...
Resepi kita hari nie adalah Kerabu Ikan yer,....ehh dah macam blog masakan pula..tapi Teratak Seni..mana seninya...sekali-sekala apa salahnya..selingan jer nie...memasak nie pun seni juga...yer la,nak kena kreatif juga..setiap hari nak kena fikir apa yang nak dimasak...macvam kat blog masakan lain tu....gambar2 dorang tu ...nampak cantik jer..tengok pun dah terliur...tu pun kena kreatif tu...kira seni juga lah...seni Fotografi....
Petang nie nak share satu resepi kerabu...rasanya kat langkawi ja kot buat kerabu nie...sebab kawan aku yang asal dari alor setar pun tak pernah makan kerabu nie sebelum dia mai kat langkawi nie...

Bahan2:
  • Ikan Kebasi/Ikan Selangat(buang tulang tengah dan dihiris kecil2)
  • Bawang merah -dihiris
  • Serai -ditumbuk halus
  • Cili padi
  • Belacan
  • Beras - digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  • air asam jawa ,garam secukup rasa.
  • Ulam.(Seperti pucuk Cemumar dan Pucuk Janggus/Gajus)
  1. Ikan yang dihiris halus dibasuh dan dikesat dengan air limau nipis.
  2. cili padi ditumbuk bersama belacan kemudian masukkan dalam magkuk bersama bawang merah,serai ,air asam jawa dan garam.Gaul sebati.
  3. Masukkan ikan dan gaul lagi kemudian masukkan serbuk beras.
  4. Akhir sekali masukkan daun ulam yang dihiris halus.Gaul sebati....

Lampu Isyarat MERAH

Lampu Merah lagi...setiap pagi nak p kerja sampai sini mesti lampu Merah..kat langkawi la nie banyak dah lampu isyarat ,walaupun pulau nie tak besar sangat..tak macam dulu...ada satu jalan nie,yang memang aku lalu setiap hari untuk pergi dan balik kerja...walupun jalan tu tak berapa sibuk,tapi memandangkan ianya simpang tiga nak masuk Lebuhraya langkawi ,jadi ada juga lah lampu isyarat...
Yang menjadi permasalahannya tu..(walaupun sebenarnya bukan jadi masalah sangat pun)..waktu pagi masa nak ke tempat kerja tu,bila sampai ja kat situ lampu mesti merah..walaupun tak ada kenderaan kat simpang yang lain tu...dah la tu ,lama pula..tapi kita nie dah memang jenis yang mengikut undang2,tunggu sampai lampu tu tukar hijau juga lah....tak nak lah langgar lampu merah tu...kalau masa dok tunggu lampu isyarat tu,ada orang lain lagi tak pa la juga....pernah juga aku sorang2 ja kat situ dok tunggu lampu bertukar jadi hijau...kat simpang kiri dan kanan tu tak ada kenderaan pun....terasa macam orang bodoh pun ada juga...yer la dok tunggu sorang2 kat situ..kalau jalan pun apa salahnya..bukannya ada kenderaan lain pun...
Tapi tu la...kita nie kan orang baik...Hehehe...tak nak langgar undang la konon...Tapi kan..kalau korang nampak situasi yang macam tu..agak2nya apa yang korang akan fikir????..Ataupun jika korang yang dalam situasi tu apa pula korang nak buat???

Cerai Atau Kekal

SAAT BAHAGIA...Jimmy dan Nursuhaila ketika majlis perkahwinan mereka tahun lalu.

APA KATA JIMMY

SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki.

Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.

Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.

Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.

Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.

Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.

Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.

Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.

Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.


Aku Pun Nak Jadi Supermak


Assalamualaikum..
Hmmm...semalam layan drama baru kat TV3 tu...Supermak yang dilakonkan oleh Nasya Aziz..best la juga...kalau ikutkan hati tu memang teringin nak jadi macam tu..yer la semua kerja dapat dibereskan dengan sempurna...memasak,mengemas dan jaga anak kecil sekaligus...semuanya dapat dibereskan...balik kerja tak payah lagi nak berleter kat anak2 sebab rumah bersepah,pakaian berlonggok sana-sini dan pinggan mangkuk penuh sinki..semua kerja tu macam kacang jer kan....boleh buat sambil tersenyum...sekejap ja dah siap...
Alangkah bahagianya sesebuah keluarga kalau semua isteri macam tu kan....terutamanya bagi isteri2 yang bekerja...balik kerja pun masih boleh selesaikan kerja rumah dangan sempurna...yer la..dah ada POWER....mana nak tau penat...tak sampai seminit kerja semua beres....dah la tu isteri tu ,bukan main cantik lagi...memang pakej lengkap la...Kat mana nak dapat Power yang macam tu yer..hehehe

Jimmy Shanley Kaki Pukul Dan Suka Kongkong???


PETALING JAYA: “Saya tidak akan kembali semula kepadanya walaupun dia sudah berubah, tetapi saya maafkan kesalahan dia,” kata Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh, 31.

Wanita itu juga menegaskan tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadapnya.


Nursuhaila mengesahkan demikian pada sidang media yang diadakan semalam untuk menjawab segala kontroversi hubungannya dengan suami termasuk yang terbaru mengenai majlis cukur jambul bayi mereka.

Ini kali pertama Nursuhaila mengadakan sidang media yang dihadiri bapanya, ahli perniagaan, Datuk Suhaimy Othman. Bagaimanapun, Suhaimy tidak memberi kenyataan kepada media.


Nursuhaila berkata, dia mengadakan sidang media selepas begitu lama bersabar dengan pelbagai kenyataan Jimmy mengenai rumah tangga mereka. Bagaimanapun, kesabaran itu hilang apabila pelakon itu menghebahkan dalam media kononnya majlis cukur jambul anak mereka dibatalkan.


“Jimmy memberitahu media majlis itu yang kononnya diadakan pada Sabtu lalu dibatalkan, tetapi sebenarnya majlis itu akan berlangsung esok (hari ini) dan itu bukan majlis Jimmy, sebaliknya abah yang rancangkan semua dan ini majlis tahunan termasuk untuk cukur jambul anak abang saya,” katanya.

Dia berkata, Jimmy tidak berhak membuat kenyataan mengenai majlis berkenaan kerana itu bukan majlis dia.


Nursuhaila berkata, bapanya sentiasa mengadakan majlis tahunan untuk rakan dan media setiap kali Ramadan dan Aidilfitri sejak lima tahun lalu.

Selanjutnya..


Makan Durian Pun Boleh Gemuk Ker????


Memandangkan sekarang nie musim durian ...sama-samalah kita kaji jadual kat atas tu, sama ada makan durian tu boleh gemuk ka tak ...yang paling utama, cuba perhatikan ruangan bertanda biru tu...jadual nie aku dapat kat dalam website Susu Sejat.com...makan tu makan juga..kesihatan kena jaga...kalau dah terlebih nikmat makan pun,mendatangkan kemudaratan kat kita pula nanti...
kalau masih was2 dan ragu2 atau masih belum dapat jawapannya, jom p sini...

Bayar Fidyah

Maksud Fidyah adalah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakili satu hari yang tertinggal puasa Ramadan padanya.

Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670 gram.

Contohnya si polan telah meninggalkan puasanya sebanyak lima hari, maka dia wajib membayar fidyahnya sebanyak lima cupak beras kepada fakir miskin.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Puasa yang diwajibkan itu adalah beberapa hari tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)

Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.

Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.

Penangguhan membayar zakat akan menyebabkan fidyahnya berganda mengikut tahun. Bagi mereka yang meninggalkan puasa dengan uzur syarie, selepas itu tidak mampu menggantikan puasa tersebut maka hendaklah membayar fidyah pada tahun yang sama dengan bagi setiap hari satu cupak.

Sekiranya seseorang itu telah mengetahui bahawa dia tidak akan dapat berpuasa atas alasan-alasan syarie maka hendaklah bersegera dalam melangsaikan fidyah tanpa bertangguh.

Apabila ditangguhkan pembayaran fidyah sehingga menjelma bulan Ramadan pada tahun berikutnya maka fidyah menjadi ganda mengikut tahun.

Contohnya Abu tertinggal puasa pada tahun 2005 sebanyak 10 hari kemudian dia didapati menghidap penyakit yang sukar diubati, dan dia juga disahkan tidak boleh berpuasa maka dia hendaklah membayar fidyah pada tahun 2005 tetapi dia tidak berbuat demikian.

Namun pada tahun 2011 dia sedar bahawa fidyah bagi puasa yang ditinggalkan pada tahun 2005 perlu dibayar. Apa yang harus dilakukan oleh Abu ialah pertamanya mengira hari yang tertinggal puasa, iaitu 10 hari x dengan gandaan 5, iaitu lewat 5 tahun, maka jawapannya adalah 50 hari, setiap hari satu cupak x dengan 50 hari> 50 cupak.

Kadar satu cupak adalah nilai zakat fitrah yang dibahagikan kepada 4. Katakan zakat fitrah bagi negeri Selangor tahun 2010 adalah RM7/4>1.75. Maksudnya 50 x RM1.75> RM87.50. Begitulah seterusnya dalam pengiraan bayaran fidyah.

Namun ada yang berpendapat bahawa fidyah tidak wajib bagi mereka yang mampu berpuasa, kerana fidyah hanya dikenakan ke atas mereka yang sudah tentu tidak dapat berpuasa. Bagi mereka yang mampu berpuasa hendaklah mengqadanya bukan dengan membayar fidyah.

Namun pandangan membayar fidyah bersama qada puasa juga disetujui oleh ulama Mazhab al-Syafieyyah.

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam memberikan keringanan (rukshah) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin.

Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin.

Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya.

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan fidyah adalah dua perkara yang berbeza.

Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar fidyah, maka anda boleh mewakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin. Boleh juga membayar fidyah di kaunter-kaunter zakat negeri masing-masing.


Sumber:Utusan Online

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air

Sophea Isabella

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

Sumber:Kosmo

Akhirnya Kutemui Cinta-Mu...

Catatan itu berbunyi begini, "… duduklah saya di sudut rumahnya itu berfikir apa yang hendak saya lakukan. Nak peluk Islam, hati berbelah bagi. Kalau tak masuk Islam pula, ustaz itu tak mahu ajar saya mengaji. Kalau tak mengaji, nanti kena pukul dengan ayah. Saya dalam dilema.

"Akhirnya setelah 15 minit berfikir, saya ambil keputusan untuk ikut arahan ustaz itu. Lebih baik peluk Islam daripada kena marah dengan ayah. Ustaz itu ajar saya mengucap... Asyhadualla ilahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammadar Rasulullah…

"Sejurus habis mengucap, bagaikan ada sesuatu diturunkan Allah pada saya. Allah cabut segala kerisauan, kekusutan dan kebimbangan daripada hati dan fikiran saya. Fikiran saya jadi lapang, hati saya terlalu tenang, satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum itu. Alhamdulillah, mungkin inilah cinta dan hidayah Allah pada saya. Ketika itu juga saya bertekad akan mempelajari Islam sepenuhnya. Saya akan cari sendiri pengetahuan tentang Islam walaupun tiada orang yang mahu mengajarinya."

Begitulah detik awal kemasukan penyanyi nasyid terkenal, Nazrey Johani, ke dalam agama Islam, kira-kira 30 tahun lalu. Mungkin sebahagian daripada kita tahu, Nazrey adalah saudara baru, namun kebanyakan kita tidak tahu bahawa beliau memeluk Islam akibat dipaksa oleh bapanya.

Rupa-rupanya Nazrey memeluk Islam kerana takut dipukul oleh bapanya itu, yang asalnya adalah penganut taat kepada agama mereka.

Rupa-rupanya juga, selepas menjadi saudara baru, Nazrey sanggup berjalan kaki lebih satu kilometer untuk bersolat dan belajar mengaji di masjid. Kemudian, Nazrey korbankan masa bermainnya dan dalam masa enam bulan sahaja, sudah mampu membaca al-Quran, jauh mengatasi kawan-kawan sebayanya yang memang beragama Islam.

Menarik juga untuk diketahui, hampir setahun Nazrey dan kawan-kawan sekolahnya 'mempermainkan' guru mereka dengan memakai seluar panjang bagi menutup aurat, yang ketika itu tidak dibenarkan pemakaiannya. Akhirnya berkat usaha mereka, pentadbiran sekolah terpaksa 'mengalah' dan pemakaian seluar panjang dibenarkan di sekolah berkenaan.

Selanjutnya...

Kalam Imam Muda:Teknologi Wadah Kebaikan


SEJAK menulis bagi ruangan Kalam Imam Muda Metro Ahad minggu lalu, saya menerima banyak maklum balas serta komen daripada pembaca sama ada menerusi e-mel mahupun laman sosial Facebook.

Saya kira ini permulaan baik dan insya-Allah, setiap pandangan akan diambil perhatian bagi memperbaiki diri dan berkongsi ilmu serta pandangan untuk kebaikan bersama.


Sebenarnya, saya tidak menyangka program Imam Muda yang saya sertai itu menghasilkan gelombang besar di kalangan masyarakat di Malaysia serta negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

Saya kira, masyarakat dapat menerima dan mengiktiraf kehadiran kami dalam dunia dakwah yakni satu perkembangan sihat, di mana masyarakat mampu menerima pandangan orang lain.


Hari ini, ke mana saja saya berada orang akan datang bersalaman, berbual dan bergambar bersama. Semacam ada mata mengekori setiap langkah dan gerak-geri saya.


Satu pengalaman yang tidak pernah dialami sebelum ini walaupun kadangkala terasa rimas, tetapi itulah hakikatnya sama ada suka atau tidak, saya kena harungi.

Ibu saya banyak memberi nasihat dan sokongan kepada saya pada waktu ini. Dia faham kini kehidupan saya menjadi milik bersama masyarakat.


Jujur, saya tidak pernah berasa popular tetapi kuasa media membuatkan masyarakat mengangkat diri saya menjadi selebriti.

Ugut bunuh isteri minta baju raya

Hmmmm...kalau semua suami macam nie...habis ler tukang jahit baju....

KAJANG: Hanya kerana inginkan sepasang baju baru untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seorang isteri bukan saja cedera ditumbuk, ditendang dan dipijak malah turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi apabila suspek yang berusia 20-an berang kerana mangsa yang juga berusia 20-an sering kali memintanya membeli baju raya baru.


Akibat tidak tahan didesak mangsa, suspek bertindak luar jangkaan apabila menumbuk muka isterinya selain menendang dan memijak perut isterinya sehingga menyebabkan mangsa cedera di mata dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Suspek juga turut mengugut untuk membunuh mangsa jika terus memintanya membelikan baju baharu.


“Mangsa yang kesakitan merayu tidak terus diperlakukan sedemikian, tetapi suspek tidak mengendahkan rayuan mangsa,” katanya.


Rashid berkata, jeritan mangsa berjaya menarik perhatian jiran berdekatan menyebabkan mereka bertindak pergi melihat apa yang berlaku sebelum menyelamatkan mangsa.

Bimbang suspek bertindak lebih kejam, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada hari yang sama.


“Sebaik mangsa membuat laporan, sepasukan polis dari IPD Kajang kemudian ke rumah suspek untuk menjalankan siasatan.

Kos Perkahwinan Norman - Memey RM12 Juta.

22 JULAI 2011: Pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo menunjukkan kasut yang ditaja untuk majlis persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim, pada sidang media di Kuala Lumpur. Rafflesia menjadi penaja utama persandingan pasangan selebriti ini 28 September nanti. - Utusan/NOOR AZLINA JAAFAR


Bertuah Memey dan Norman dapat tajaan untuk majlis perkahwinan sampai berjuta-juta.Baju kahwin saja pun dah bernilai RM500 ribu....Tapi jangan la majlis perkahwinan jer meriah....lepas tu bercerai berai pula.Lepas nie, Memey kena jaga Norman betul2 la supaya tak diambil orang pula ....Kalau ikut kata orang tua-tua tu...Kalau kita rampas hak orang mungkin satu hari orang akan rampas kembali hak kita...itu kata orang tua2 yer...bukan aku yang kata.Hehehe....Walau apa pun dah jodoh mereka..dah ditetapkan oleh Allah semua segala kejadian yang berlaku.suka ka, tak ka...kita hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan Jodoh mereka...Amin.

Selagi Manusia Memakai Baju..

Assalamualaikum..
Memang beruntung jika dianugerahkan dengan bakat dan kemahiran...contohnya macam kemahiran menjahit,memang banyak untungnya.Aku tengok kawan aku yang tukang jahit tu,tak putus2 rezeki dia.Apa taknya ,selagi manusia nie memakai baju selagi itulah setiap tukang jahit nie akan mendapat rezeki.Dulu memang kalau menjahit baju kat kampung nie,tak berapa sangat pendapatannya.Almaklumlah orang kampung dulu jahit baju baru cuma masa Hari Raya jer...la nie sebulan mau 2-3 pasang dorang buat.Kalau raya tu lagilah..ada yang kawan aku pernah ambil tempahan tu...sorang ja 10 pasang.Hmmm...Raya sakan.
Aku memang dari kecil suka mengait dan menganyam.Tapi menjahit nie bila dah berkahwin baru timbul minat.Dalam keluarga aku ,2 orang termasuk aku yang boleh menjahit nie...adik aku tu memang mahir la menjahit dan kerja dia pun mengambil tempahan menjahit baju.Aku menjahit cuma sekadar kerja sambilan ja...
Tapi ,kira beruntung la ada kawan yang buat bisnes jahitan nie...boleh la nak tumpang cari duit lebih dekat2 nak raya nie...Dah 3 malam aku mula menjahit baju untuk kawan aku tu... cuma jahit baju jer la..kain tu ,boleh jahit tapi kurang mahir sikit...dia potong semua lepas tu baru hantar kat aku untuk dijahit.



Alhamdullilah...semalam dapat siapkan lagi sehelai baju...nie adalah baju yang ke 3 ,yang telah siap aku jahit..pagi tadi masa nak p kerja dah hantar kat rumah kawan aku tu...
Yang dua nie menunggu giliran....balik kerja tengah hari sat lagi boleh sambung jahit ..petang nanti dah boleh hantar.Kena pulun sikit baru boleh dapat duit banyak...hehehhe

Kahwin 4...dapat Anugerah.


KOTA BHARU: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh Kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.

Wan Ubaidah berkata, anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.

Katanya, anugerah itu diharap menjadi suntikan semangat kepada suami dan isteri lain supaya mengamalkan cara hidup bertolak ansur dan harmoni seperti diamalkan keluarga Salih.


“Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kita belum kenal pasti lagi jenis anugerah akan diberikan.

My Metro.


Assalamualaikum...
Berita yang cukup menarik bagi orang lelaki tertapi mungkin kurang menarik uktuk kaum wanita.Mana taknya...takut pula si suami nak bagi cukup koata isteri pasai nak dapat anugerah...Tapi,berpoligami kalau hidup aman dan harmoni serta boleh bersikap adil dengan semua isteri2 baru layak dapat anugerah.Jangan pandai kahwin jer tapi tak pandai melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna...


Langkawi Geopark akan dinilai untuk disambung


LANGKAWI: Dua pegawai Unesco akan ke Langkawi bagi menilai semula Langkawi Geopark untuk menyambung statusnya sebagai geopark sehingga 2015.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Ramizi Hasan berkata Langkawi Geopark diisytihar oleh Unesco Global Geopark Network sebagai geopark ke-52 pada 1 Jun 2007.


"Pegawai-pegawai Unesco akan berada di sini selama empat hari mulai 25 Julai ini," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata mereka akan dibawa melawat beberapa tempat seperti kereta kabel, Sungai Kilim dan mendengar taklimat mengenai kejayaan Langkawi Geopark.


"Banyak kejayaan telah dicapai sejak Geopark diisytihar termasuk peningkatan kemasukan pelancong ke Langkawi," katanya.


Ramizi berkata beberapa aspek akan dinilai seperti sosioekonomi, pelancongan dan pemuliharaan keindahan.

Mymetro.

Yasmin Hani Menghitung hari menjelang Oktober


YASMIN Hani kini sedang menghitung hari menjelang hari bahagianya pada bulan Oktober ini.

Selepas lebih setahun menyulam cinta bersama Sha'arin, Hani secara terus-terang memberitahu dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama buah hatinya itu sekitar pertengahan bulan Oktober ini.

"Tetapi, saya mahu meminta maaf kepada semua pihak bahawa majlis perkahwinan saya akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja.

"Saya hanya akan menjemput mereka yang rapat dengan saya sahaja bagi meraikan hari bersejarah itu. Majlis saya itu cukup ringkas apabila kami hanya akan bernikah dan bersanding sahaja. Malah, tiada juga majlis pertunangan," katanya tanpa selindung.

Hani menjelaskan memang dia mahu mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang kecil namun meriah dengan kehadiran mereka yang memainkan peranan penting dalam kehidupannya.

"Saya tidak perlu mengikut trend seperti orang lain. Masing-masing ada hak dan cita rasa untuk mengadakan majlis yang mereka idamkan. Begitu juga dengan diri saya.

"Buat apa kalau mengadakan majlis besar-besaran tetapi hanya akan mengundang kata-kata yang kurang manis serta dilabelkan sebagai mahu menunjuk-nunjuk.

"Saya tidak mahu menjadi seperti itu. Adalah lebih afdal apabila menghadiri mana-mana majlis perkahwinan untuk mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin. Itulah yang saya mahukan daripada semua orang untuk mendoakan kesejahteraan hidup saya dan bakal suami," kata pemilik nama penuh Yasmin Hani Richardson Ismail Richardson ini penuh jujur.

Dalam usianya yang sudah mencecah 32 tahun itu, kata Hani, dia memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Baginya, untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang baik ia tidak akan datang dengan sendirinya melainkan perlu menempuhi alam perkahwinan itu bagi merasai sendiri pengalaman tersebut.

"Bagaimana kita hendak merasai pengalaman itu seandainya kita sendiri tidak melaluinya. Semua ini adalah proses pembelajaran dan kita tidak akan menjadi bagus hanya dalam sehari," ujarnya lagi.

Selanjutnya:Utusan Malaysia

Harimau Bintang Mengamuk

Seekor harimau Bintang ditembak mati selepas menyerang dan mencederakan enam orang di perkampungan kumuh di daerah Darjeeling West Bengal.Harimau itu menyerang seorang wanita di perkampungan kumuh Lumbu berhampiran Siliguri petang Selasa bandar dan kemudian menerkam ke atas dua orang lelaki, termasuk seorang pekerja jabatan hutan.
Apabila mendapat berita itu, pegawai-pegawai hutan dan hidupan liar sampai ke tempat berkenaan dengan serta-merta,tetapi haiwan itu lari berlindung ke dalam semak duri. beribu-ribu penduduk tempatan berkumpul di kawasan tersebut untuk melihat keseronokan, dan ada juga yang ketakutan.
Pada waktu petang, harimau muncul lagi dan menyerang tiga orang, termasuk seorang anggota polis. 'Pegawai-pegawai polis dan hutan kemudian melepaskan tembakan dalam mempertahankan diri. Harimau yang cedera telah dibawa ke pejabat hutan Sukna, di mana ia meninggal dunia,





Kenapa Fida pakai macam tu erkkk????

Gambar nie aku ambil dalam Utusan Malaysia berita bertajuk "Hati terpaut di Pulau Banding" di mana 11 orang selebriti telah menyertai Program sempena Tahun Perhutanan Antarabangsa 2011 yang dilancarkan oleh Persekutuan Perhutanan Dunia .Bergembira semuanya selebriti2 tu yer, dapat menyaksikan bunga Rafflesia secara dekat.Akan tetapi yang menjadi tanda tanya....kenapa si Fida tu pakai macam tu yer..tudung dah semakin kecil sehingga menampak kan leher.T-shirt berlengan pendek pun menampak aurat juga,dah tak dak cover lagi dah...Hai..tak kan lah bila dah semakin glamour aurat pun semakin terbuka..kawan2 aku cakap.."Hmmmm...dah mula la tu"..alahai,tak syok la macam nie...sebab tu la dok nampak artis nie kurang baik..daripada bertudung ..bila jadi artis habis semua melayang..kan lebih baik dikekalkan imej yang manis dan anggun bertudung tu....peminat pun lebih hormat ...



Haa....lagi cantik kalau berpakaian macam nie kan...

Kuih Bakar Durian

Selamat pagi....



Alhamdulillah akhirnya jadi juga buat Kuih Bakar Durian nie...dah lama teringin nak buat...tapi tak berkesempatan...hari nie dah kebetulan ada durian kat rumah.Siap pesan kat En.suami supaya jagan makan durian tu sebab nak buat kuih nie...




Aku cuma buat separuh saja daripada resepi nie....itupun dapat penuh satu loyang bulat berdiameter 8"....patut la bila aku baca kat blog masakan Juwita Fariz tu,dia cakap banyak walaupun buat 1/2 daripada resepi tu...




Bahan2:



250gm isi durian


1.7 liter santan


600gm tepung gandum


400gm gula pasir


6 biji telur


1 s/k garam


2 s/k pewarna kuning + 1/2 s/k pewarna hijau




    satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.


    Masukkan dalam pengisar dan kisar hingga halus.


    Tuang dalam loyang (11"x 11")bakar selama 45 minit.


    boleh taburkan bijan jika suka.

      Pemergiannya Satu Istirahat


      Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :“Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab : “ Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.” (al-Bukhari dan Muslim) Huraian Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan iaitu golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT. Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya. Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT.

      Dinner @ Teratak Seni...

      Assalamualaikum..

      selamat malam ..nak share menu makan malam tadi..petang tadi dok terjah blog masakan terjumpa resepi nasi goreng nie..hmmm..nampak sedap.memandangkan semua bahan ada,termasuk petai..balik kerja terus operasi ler...aku kalau dengan petai memang langkah tak p punya....

      Tapi nasi goreng aku nie, tak dak sayur...terlupa nak beli.Dah balik rumah malas pula nak ke kedai...cuma letak petai jer la...



      Nasi Goreng Belacan Petai
      (Resepi Asal:Mat Gebu)



      • Bahan2:


      • 4-5 cawan nasi


      • 1/2 inci belacan dilarutkan dgn.2 s/b air


      • 7 biji cili padi ditumbuk


      • 1 biji bawang besar dihiris


      • 2 ulas bawang putih dihiris


      • 2 biji telur


      • Isi petai


      • Garam secukup rasa



      1. Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan belacan dan garam.


      2. Tolak ketepi kuali dan masukkan telur,masak hingga mengeras dankacau hingga sedikit hancur.


      3. Masukkan petai kacau lagi dan akhir sekali masukkan nasi dan kacau lagi sehingga masak.

      #Resepi asal Mat Gebu cuma letakkan petai jeruk jer...


      Sambal Tumis Telur & Rebung.



      Sambal tumis nie buat macam biasa jer...cuma tambah rebung yang telah direbus .Telur tu direbus dan kemudian digoreng dengan sedikit minyak.Resepi asal juga dari Mat Gebu.
      menu nie timbul masa tengah dok sembang pasai rebung dgn sorang jawan kat opis...aku tanya dia.."Pernah tak orang buat Sambal Tumis Rebung??"..lepas tu dia kata.."Cubalah cari kat dalam tenet"..lalu aku pun cari la..Jumpa resepi nie kat dalam blog Mat Gebu..Rupa2nya ada juga yer orang buat sambal tumis rebung...


      Alhamdulillah...dah kenyang..telepon pula berbunyi.Mak mertua suruh p rumah dia,makan pulut durian..Rezeki rimau betul malam nie.Untuk tidak menghampakan mak mertua,aku dgn.EN.suami dan anak2 pun p jugalah...makan jugalah sedikit walaupun dah kenyang..



      Gambar2 Perkahwinan Artis.

      Perkahwinan Farah AF & Johan Johari

      Akad nikah berlangsung di atas sebuah kapal cruise di Tasik Putrajaya tanggal 15 Julai 2011 . Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM2,500 & hantaran, RM25,185.
      Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang daripada pihak perempuan. Johan menerima seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek & tali pinggang Gucci. Manakala, Farah menerima senaskah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, satu set wangian Chloe.



      Perkahwinan Nurul Syuhada & Raja Amir

      Nurul Syuhada kerana telah sah menjadi isteri kepada Raja Amir pada 16 Julai yang lalu di Binjai On The Park, KLCC.. Nurul Syuhada telah dinikahkan oleh bapa Nurul sendiri dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.Nurul Syuhada menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin sebanyak RM777…Majlis Resepsi pula akan diadakan pada 23 julai ini di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.





      Pernikahan Noh Hujan & Mizz Nina

      Acara ini berlangsung di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang kira-kira pada pukul 10.20 malam Jumaat.
      pihak lelaki telah memberi hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran.Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.


      Sumber:Berita Gempak