Bell’s Palsy adalah lumpuh pada otot muka disebabkan kerosakan atau hilang fungsi saraf muka ketika ia melalui saluran yang sempit dalam tulang muka betul-betul di depan telinga. Dipercayai penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus yang menyebabkan saraf menjadi bengkak ketika melalui saluran yang sempit tersebut. Penyempitan saraf ini mengakibatkan ia semakin tertekan, hilang fungsi dan kemungkinan kerosakan. Saraf muka yang tertekan boleh membawa kepada lumpuh dan bahagian sebelah muka yang terlibat akan terkulai, gagal menutup mata (mata boleh menjadi kekeringan dan kemungkinan mata rosak), ketawa, muka menjadi kebas dan tidak dapat mengerutkan dahi.
Aku penah kena dulu (2 tahun lepas)sebelah muka ja dan alhamdulillah dah sembuh..Namun sekali sekala masih lagi terasa sengal.Terutama bila dlm. keadaan stress..bercakap pun rasa mcm.ada makanan dalam mulut jer..
Aku mula sedar kena ,masa mandi tu..walaupun dah pejam ,air masih boleh masuk dalam mata.Sampai ja kat tempat keja,aku cerita la kat kawan sebelah yg. mata aku tak boleh nak tutup dgn rapat.Dia tanya kenapa jadi mcm tu?? ...aku cakap la kat dia,mungkin keja banyak sangat kot..mata letih.Memang pada masa tu..kerja banyak betul.Sampai tidur pun dok terbayang ja.
Esoknya keadaan semakin teruk.Mata semakin pedih,sebab kelopak mata tak boleh tutup dan menjadi kering.nak buat keja pun dah tak boleh.Apatah lagi nak tengok komputer..minum air dari botol tak boleh minum dgn. betul..nak kunyah makanan pun tak betul..rasa cam pipi dan mulut bengkak ja.Aku call En.suami bagi tau kat dia.."Ha..tunggu apa lagi,p la klinik"...nak p la nie...kawan2 pun dok suruh p klinik.
Akhir aku p juga ke klinik walaupun masa tu keja tengah banyak.Masa kat klinik tu la..doktor bagi tau(Doktor Klinik Ummi)yg. aku nie kena jangkitan saraf.Aku ada tanya juga apa punca boleh jadi macam tu..Doktor pun tak dapat nak bagi tau punca yg. tepat...cuma katanya mungkin disebabkan tekanan pada saraf mata.Jangkitan kuman pada gigi yg berlubang pun boleh jadi juga.Kolesterol tinggi dalam darah pun boleh jadi jugak..mcm2 lah lagi.
Tak puas hati ,aku tanya lagi..penyakit nie boleh disebabkan oleh ubatan2 tradisional tak???Sebab masa tu aku ada ler makan ubat..(ala ubat org pompuan) yang agak panas...ya ler dah mcm2 herba ada kat dlm tu kan...Tapi doktor cakap tidak.Lepas tu dia cuma bagi ubat saraf je..
Tapi kan...dalam hati tu,aku ada la juga terfikir...balasan dari tuhan ka.???Pasai,ada la hari tu..aku tertinggikan suara kat mak.Terkecilkan hati mak.Suami cakap p la minta maaf kat mak..mana la tau,kot2 betui.Aku cari masa yg sesuai,nak minta maaf dan ampun kat mak.Aku p jumpa mak..aku peluk mak,minta ampun, minta maaf,sebab aku kecilkan hati mak.Aku menangis dalam pelukan mak.Mak cakap dia maafkan aku,biasa la anak2 terkadang tu terlepas cakap.Tak boleh nak kawal diri..
Adoi...sedih la pulak..(masa dok tulis nie pun..meleleh air mata.)

Mula tu ingat nak habiskan ubat tu ja dulu...nak tengok mcm mana kesannya.Tapi,..almaklumlah aku ni dok kat kampung,macam2 la pendapat jiran tentangga dan sanak saudara.semua pakat dok suruh p berubat cara kampung.Aku p la juga..mana la tau kot2 berkesan.
Ada sorang pengamal perubatan tradisional yg aku jumpa tu cakap aku tersalah makan.Apa pulak yg aku makan nih...Ingat2 balik..sehari sebelum kena tu,aku makan manggis dgn.buah dokong.Malam.. makan ubat tu.Tak kan kot...
Dia suruh aku pantang makan benda2 yg berbisa dan bagi sireh pinang berserta dgn air jampi.Hmmm...masih juga tak baik.Lepas tu ,aku punya Biras suruh aku cuba urut pula.Tiga hari berturut2 aku p berurut.Aduh..sakit tak terkata.nak buat macam mana kena la tahan.kalau tak macam mana nak baik.
Mc pun dah banyak...terpaksa la aku p keja walaupun belum baik.Aku bersyukur sangat,ada kawan2 yg perihatin kat opis tu.Dia orang tak bagi aku buat keja,takut penyakit bertambah teruk.Dia orang suruh aku sambung lagi cuti.Tersentuh hati aku.. bila ada sorang kawan yg sanggup nak bagi pinjam duit,semata-mata nak suruh aku p berubat kat klinik pakar.Lepas tu dia orang buat kutipan untuk meringankan beban aku.Kami semua dah seperti keluarga.Sebab tu la aku masih lagi keja kat situ walaupun di mulut selalu ja cakap nak berhenti....hehehe..
Akhirnya aku pergi juga..walaupun bukan klinik pakar,tapi doktornya adalah doktor separuh masa kat klinik pakar.Ramai yg berpenyakit saraf pergi berubat kat situ.Alhamdulillah...akhirnya aku sembuh juga.Walaupun dah sembuh aku masih lagi kena makan ubat,sebab kadang tu masih terasa sengal kat muka nie..
Masa kejadian nie hampir bulan puasa.Jadi masa bulan puasa tu,kira aku tak kerja la..dapat mc panjang.Selepas p berubat kat klinik tu,kena juga lah aku bermalam kat hospital langkawi satu malam.Itu pun sebab nak sambung cuti sakit tu la...kena masuk hospital dulu.Doktor nak check,sebab sebelum tu aku tak p klinik kerajaan,terus p klinik swasta ja.Tapi dia orang pun tak dapat kesan puncanya.
Walau apa pun,aku ucapkan berbanyak terima kasih pada suami,keluarga dan kawan2 yg banyak memberi nasihat dan sokongan.Walaupun penyakit tu tak berapa serius,kalau dibiarkan melarat juga kan..
Maaf la yer..terpanjang pulak N3 kali nie...Luahan rasa yg pertama nih...sekadar nak berkongsi pengalaman dgn.anda semua...

Post a Comment