Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Sukatan minyak ialah untuk sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Pasti akan cepat empuk.
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyang perlu disejukkan di dalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar di dalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.
Santan kelapa dalam kotak atau dari kelapa parut yang sudah lama dalam peti sejuk masih boleh 'dipulihkan ' rasanya dengan memasak santan dengan 2-3 batang serai. Masak dulu sebelum dimasukkan dalam gulai atau masakan lain.
Jika anda masih memerlukan kelapa parut untuk tujuan tertentu, kelapa parut boleh disimpan dalam peti sejuk dengan memasukkan bebrapa tangkai cili padi (dengan tangkainya). Ini akan melambatkan kelapa basi.
Berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Cili kering jika disimpan di dalam tempat menyimpan beras juga mampu menghindarkan kumbang beras. Sebaiknya masukkan kira-kira 10 biji cili kering dan pastikan cili tersebut ditimbus di dalam beras.
(photo from google search)
Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili. Taburkan hampas kelapa pada pangkal pokok tersebut. Selain cepat subur, pokok akan selalu berbuah.
Petua Membuat Kek Lapis
1. Mulakan dengan Bismillah dan Selawat Nabi. Apabila kek telah berjaya dihasilkan ucapkan Alhamdullilah. Yakin yang anda boleh membuatnya dan InsyaAllah akan berjaya.
2. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.
3. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak. Sekiranya ditinggalkan, hangus kek itu tidak cantik jadinya.
4. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi.
5. Jangan sapu terlalu banyak mentega di antara satu lapis dan lapis yang lain. Ini akan membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu, sekadar untuk kek tidak terlalu kering.
6. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.
7. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak cantik dan juga kurang sedap.
8. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti apbila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya kreativiti, kek akan menjadi cantik dan sedap dimakan.
9. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.
(photo from Google search)sekadar hiasan jer no...gambaq nie bukan aku punya..
assalamualaikum....
taniah ina dah boleh komen...akk pun jauh juga dik dari manjung perak ke pesta buku tapi akk tidur di rumah adik di batu caves pd mlmnya..
Wa'alaikumsalam,
Ha tu la..tersalah setting..Ingatkan tak ada org nak komen..rupa2nya tak boleh nak komen.Terima kasih sebab akak bagi tau ....