Ibu
Wajah mu sentiasa memancar ceria
Bibir mu tersulam senyum bahagia
Walau derita menyuntik sengsara
Kau Sabar mengharunginya
Ibu
Kau korbankan segala demi anak mu
Kau rela apa saja demi menatap senyum ku
Pengorbanan mu cukup bermakna
Pengorbanan mu amat berharga
Ikhlasnya kau melimpah kasih
Setianya kau menyulam sayang
Teguhnya ikatan mesra
Ibarat karang di lautan sana
Budi yang kau semai
Hanya Tuhan yang tahu menilai
Tulusnya budi membentuk sahsiah terpuji
Ibu
Hanya kau ratu hatiku
Hanya kau cahaya kasihku
Terima kasih ku rangkaikan
Atas untaian cinta yang kau sembahkan
Ku iringi doa sepanjang hidup mu
Moga kau bahagia meniti usia
Kerana kaulah penyuluh jalan ke Syurga....
BY:Resepi Masakan Melayu
Lakaran kasih buat Ibu nie,aku tujukan buat mak aku...Azizah Binti Mat.Walaupun bukan aku yg. karang,kira boleh lah yer...almaklumlah aku nie bukan pandai sangat nak berpuisi dan madah2 nie...
Selamat Hari Ibu buat semua ibu2....Kawan aku ada tanya,tarikh hari ibu yang sebenarnya.Ada yang cakap 6hb.mei...ada juga yg kata 8hb lah,10hb lah....hai yg mana satu betui nie...
Majlis meraikan Ibu yg sederhana...
Tak lupa juga ...Selamat Hari Ibu....buat mak mertua aku..Siti Amin Ahmad.
Post a Comment