Mai Menyorok Dulu...

Ini menu untuk menyorok @ sarapan untuk pagi nie...Apam Keledek.Warna kurang menarik la sikit sebab aku guna keledek putih...nak beli keledek merah tu..x dak la pulak.Walaupun macam tu rasa dia sedap tau...Hehehe..


Terima kasih kepada tuan empunya resepi dan kawan aku yg bagi tau resepi apam nie ada kat dalam blog secubit garam...





APAM KELEDEK (olahan dr Apam Kentang)
Sumber :
SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
* 1/2 cwn gula pasir ~ k.nor kurangkan sket dr sukatan asal
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn keledek
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* 250 ml susu cair ~ resipi asal guna santan

Cara-cara:
1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan (biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b/powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati (K.Nor guna handwisk jer)
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.


* cara K.Nor:



  • lepas adunan diperap 1 jam, masukkan ke dalam bekas kecil yg dah disapu minyak.



  • Isikan 3/4 penuh bekas aje.




  • Biarkan lg lebih kurang 10 minit (adunan akan naik sedikit lagi)




  • baru lah dikukus hingga masak
  • 2 Responses
    1. nampak sungguh lembut...org peknen ni mudah terliur.arghhh


    2. Ina Says:

      Alahai..lydia Miza, peknen ka???nak bagi pun jauh...tak pa,cuba2 la buat.Resepi tu mudah jer...