Assalamualaikum....
Kenapa yer jadi macam tu....kenapa susah sangat diorang tu nak berubah.Walaupun telah berkali2 ditahan dan dihukum.Tidak kasihankah mereka kepada kedua orang tua.Tidak kasih kah mereka kepada isteri yang setia.Tidak tersentuhkah hati mereka melihat wajah sikecil yang dahagakan kasih sayang.Kenapa pekara itu juga berulang-kali dilakukan.
Pedih hati kedua orang tua mendengar umpat keji orang sekeliling.Namun demi kasihkan anak,walau beribu sekalipun sanggup dikorbankan.Mereka sanggup menggadaikan harta demi kebebasan anak tersayang. Namun kenapa tidak terselit sedikit pun keinsafan di hati si anak di atas pergorbanan ayah dan ibu.Pekara yang sama masih juga dilakukan.
Bertungkus lumus si isteri demi mencari rezeki,demi sesuap nasi untuk keluarga tercinta.Segala tomahan dan umpat keji ditelan walaupun pahit.Tidak dihiraukan pandangan sinis ahli keluarga,kerana cinta yang mendalam sanggup menahan segala duka.Terus bersabar dan berdoa semoga suami tercinta akan berubah dan bertanggugjawab terhadap keluarga.Walaupun suami tiada di sisi kerana menerima hukuman,masih setia menanti dengan penuh harapan.Namun kenapa,....tidak dihargai sedikit pun segala pengorbanannya oleh si suami.Setelah bertahun menanti,kebebasan yang di miliki tidak dihargai.Kesalahan itu masih juga diulangi.
Berlari riang si kecil di halaman.Masih tidak mengerti apa itu kedukaan.Sejak kecil membesar hanya dengan kasih ibu.Hanya dengan belaian manja ibu.Tidak pernah mengenal wajah si Ayah.Tidak pernah menyebut perkataan Ayah walaupun sudah boleh berkata-kata.Apa yang dia tahu hanyalah Ibu.Itulah dunianya.Tiba2 sahaja muncul wajah yang tidak dikenalinya.Wajah si Ayah yang tidak pernah dilihatnya.Berbulan mengambil masa untuk belajar menerima kehadiran seorang Ayah,untuk belajar menyebut dan memanggil si Ayah.Akan tetapi bila dia sudah mula mengenali dan mengasihi si Ayah,kini terpaksa pula belajar untuk kehilangan kasih seorang Ayah untuk kali yang kedua.Kenapa...kesalahan itu masih juga diulangi.Wahai si Ayah renunglah ke dalam mata anak kecil itu.Tidak adakah rasa kasih kepadanya.
Di manakah silapnya??Apakah peraturan dan hukuman yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak meninggalkan sedikit pun kesan di hati mereka.Bertahun dihukum dan dilatih supaya mereka dapat memulakan hidup baru,namun masih juga kembali ke asal.Bukan sedikit peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk memulihkan mereka.Malah telah meluluskan satu Akta supaya penagih tegar ini dihukum sebat.Tetapi sikit pun tidak meninggalkan kesan.Masih tetap juga mahu digelar penagih DADAH.
Apa yang aku luahkan di sini,adalah kisah benar yang berlaku di sekeliling aku.Sayu terasa di hati bila melihat nasib yang menimpa si isteri.Aku juga seorang isteri....Alhamdulillah,aku dikurniakan tuhan seorang suami yang penyanyang dan bertanggungjawab,yang boleh berfikir dan membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.Aku bersyukur sangat2 dgn kebahagiaan yang dianugerahkan ini...Semoga Berkekalan.AMIN......

Post a Comment