Puasa Sunat
Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keredaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang diingini jika seseorang itu merasa ia berkemampuan untuk melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharmkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.
Jenis-Jenis Puasa Sunat
a. Puasa sunat dibulan Syawal. Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu
selepas hari raya pertama, ianya boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam
bulan Syawal.
b. Puasa sunat dibulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1hb hinggalah pada 8hb.
c. Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah (hari Arafah).
d. Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1hb hinggalah pada 9hb (Sunat Tasua’).
e. Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram (sunat ‘Asyura).
f. Puasa sunat dibulan Rejab (keseluruhan bulan Rejab).
g. Puasa sunat dibulan Syaaban (keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak).
h. Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
i. Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hikrah (Islam).
j. Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14 dan 15hb pada setiap bulan-bulan Hijrah (Islam)
k. Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka
dan pada esok harinya ia berpuasa semula.
Bulan Rejab antara bulan yang istimewa dalam Islam oleh sebab itu kita disunatkan berpuasa padanya. DALIL Hadis Rasulullah s.a.w : إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر (رواه البخاري ومسلم) Maksudnya : Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu. Rejab bulan menabur benih Sya’ban bulan menyiram tanaman Rejab menyuci badannya Rejab bulan marghfirah Rejab bulan taubat Rejab digandakan 70 pahala |
Post a Comment