Hari Raya 2011 :20 Barang harga Dikawal

Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 20 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia termasuk dua barangan baru iaitu bawang besar import dan bawang putih import yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.

"Kita takut peniaga akan menaikkan harga bawang kerana permintaan tinggi pada musim perayaan ini, jadi kita tetapkan harga maksimum bawang bagi bawang besar import adalah RM3 sekilogram dan bawang putih import (China) RM6 setiap kg," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Harga runcit maksimum bagi ayam ialah RM6.10/kg, ayam standard (RM7.20/kg), ayam super (RM8.05/kg) dan daging lembu tempatan (RM20/kg).
barangan harga terkawal lain termasuk daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang merah kecil (India) dan ikan kembung.
Beliau berkata, 1,000 pegawai pemantau harga dan 2,000 pegawai penguatkuasa akan menjalankan pemantauan di seluruh negara.


0 Responses