IHDAD maksudnya berkabung.Iaitu berkabung atas kematian seseorang dgn.meninggalkan memakai perhiasan atau apa juga pekara berbentuk atau dikira sabagai tabarruj atau perhiasan untuk wanita.Iajuga dikatakan sebagai "iddah wafat atau edah kematian.
Hukum ihdad atau berkabung atas kematian suami dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah Al-baqarah ayat 234 yang bermaksud:
"Dan orang2 yang meninggal dunia dari antara kamu dalam keadaan mereka meninggalkan isteri2(hendaklah isteri2 mereka itu menahan diri mereka (berkabung) beredah selama 4 bulan 10 hari,sesudah itu apabila mereka samapi kepada tempoh edah mereka,maka tidaklah patut ada keberatan atas kamu(Para wali dan org2 berkuasa ke atas perempuan itu)tentang apa yang mereka kerjakan pada diri mereka dgn sara yg elok.dan Allah amat mengetahui dengan apa yang kamu lakukan.
Berdasarkan ayat tersebut para ulama bersepakat mengatakan bahawa berkabung atas kematian suami meruoakan wajib ke atas isteri.Seseorang wanita tidak boleh berihdad atau berkabung untuk satu kematian lebih dari tiga malam ,kecuali atas suaminya dan jangan ia memakai pakaian bercelup(bercorak,berwarna-warni yang cantik lagi menawan),jangan ia memakai celak dan jangan memakai bau-bauan.
Dalam pada itu mereka perlu manjaga akhlak ,keterampilan serta penampilan mereka sebagai wanita yang beriman dengan mematuhi segala suruhan serta titah perintah Allah SWT seperti menutup aurat,menjaga pandangan serta maruah mereka sebagai wanita beriman.
Post a Comment