Iman...

Perkataan IMAN berasal dari bahasa arab yang bemakna AMAN.Orang yang beriman hidupnya akan sentisa aman.
Maksud Iman dari segi bahasa ialah percaya.
Manakala maksud dari segi istilah pula ialah Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.Membenarkan di hati atau beriman dan percaya dengan hati adalah percaya kepada rukun Iman dan melafazkan kepercayaan itu dengan lidah.
Manakala beramal dengan perbuatan pula ialah melaksanakan 5 pekara dalam rukun islam seperti melakukan solat 5 waktu.
Kepentingan Iman dalam kehidupan seorang muslim adalah untuk membentuk insan muslim sejati,istiqamah dalam ibadat dan melahirkan generasi berakhlak mulia.
katkan ilmu. Iman boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat.
Ciri-ciri orang yang mempunyai iman yang kuat ialah mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasulnya,banyak melakukan ibadat sunat disamping ibadat-ibadat wajib dan melazimi zikir kepada Allah dan selalu berfikir tentang kebesaran Allah S.W.T.

Bagi orang2 yang beriman,akan mendapat kemanisannya seperti merasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasulnya serta mengutamakan Allah dan rasulnya lebih daripada harta benda dunia.

Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji




0 Responses