Wasiat Buat Isteri Tersayang
Semoga kisah ini dapat diambil sebagai pengajaran.Kisah ini biarlah tersemat di dalam jiwa....
Kira2 15 hari yang lalu seorang hamba Allah,telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut(kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara-mara dan sahabat handai,isterinya tidak henti2 meratapi jenazah sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan adalah anak saudara Allahyarham,ada di sebelah balu Allahyarham ketika itu.Beliau merasa hairan melihat sikap balu arwah itu.Beliau sepatutnya membaca ayat2 suci Al-quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira2 10 minit kemudian kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya sebabnya.Penulis yang berada di situ merasa amat terkejut dengan jawapan yang diberikan.
Antara jawapannya ialah:Suaminya tidak membuat surat wasiat dan semua harta2nya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak2.
Setelah seminggu arwah dikebumikan,peguam arwah memanggil semua waris2nya untuk dibacakan surat wasiat.Semua harta dibahagikan kepada anak2nya seramai 4 orang dan juga kepada anak2 saudaranya serta adik beradiknya.Isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta atas namanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat.Belum sempat isterinya terus membantah,peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan yang terkandung dalam wasiat.
"Isteriku tidak akan ku berikan apa2 kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepada ku.Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.Tidak pernah aku merasa makanan masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan.Tiada belas kasihan terhadapku,baik semasa sakit apatah lagi semasa sihat.Herdik dan tengking kepada aku dan anak2 adalah lumrah.Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku.Makan minum anak2 adalah tanggungjawab bibik.Pakaian ku tidak pernah diuruskan dan yang paling menyedihkan tidak pernah mahu mendengar pandangan dan nasihat ku.Kebahagian ku selama ini hanyalah dengan amalan ku,anak2 dan adik beradik ku."
Selepas peguam membaca kenyataan itu barulah penulis faham kenapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazah.Marilah kita renungi bersama semoga menjadi pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat islam.
Sekadar ingin berkongsi ....dari kotak E-mail.

Post a Comment