Kain Dibakar Menjadi Wajah Jin



Setelah beberapa minit pembakaran, 'wajah Jin' mula terbentuk.
Pada 23hb Julai 2011, satu lagi kejadian aneh telah berlaku semasa proses pembakaran ke atas Kain Hitam, yang sebelum itu telah digunakan di dalam prosedur Sedutan (Suction) ke atas seorang Pesakit yang mengalami gangguan Jin. Dengan kehendak Allah SWT, kain yang sedang dimakan api tiba-tiba telah membentuk seperti 'wajah Jin' yang menggerunkan.

Kemudian; pembentukan mulut, mata dan tanduk yang berapi; menjadi semakin jelas.
Lihat gambar di atas dengan teliti. Mungkinkah ini rupa seekor Jin? Na'uzubillahi minan zaliq. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Zoom-in 'wajah Jin'. Amat menggerunkan!
Semasa pembakaran, api yang membakar agak pelik kerana seperti ada gas aktif yang keluar daripada kain tersebut, terutamanya di bahagian 'mata'. Pembakaran keseluruhan kain (sepanjang 2 meter) telah mengambil masa yang selama lebih kurang 10-15 minit dan tidak menggunakan sebarang pengaktif pembakaran seperti minyak tanah atau sebagainya. Hanya sekadar mencucuh api kepada Kain Hitam tersebut.



Semakin lama, semakin banyak gas keluar dan terbakar dibahagian mata. Sangat aneh!
Sekiranya, ini adalah Jin yang telah berjaya dikeluarkan dari badan Pesakit; maka kami amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kekuasaanNya telah membantu kami memerangkap Jin tersebut dengan jayanya. Sesungguhnya telah terbukti, dengan fadhilat ayat-ayat suci Al-Quran, Zikir, Asma'ul Husna dan teknik Sedutan Tenaga Ilahi; telah membolehkan Jin diperangkap di dalam kain dan dikembalikan ke rahmatullah dengan dibakar dengan api, secara fizikal. Tidak ada daya upaya melainkan hanya dari Allah SWT jua! Demi Allah; tiada penggunaan sihir, mentera atau perkara-perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam.




Fokus bahagian tengah gambar ini. Ada lingkaran hitam, seakan bangkai seekor 'anak ular'.
Lebih aneh! Setelah api pembakaran padam, dibahagian kepala Jin tersebut terbentuk pula seperti bangkai seekor 'anak ular' yang berlingkar

Zoom-in. Bangkai seekor 'anak ular'.
Lihat gambar di atas. Kepala 'anak ular' dan badannya dapat dilihat dengan jelas.



Wajah Jin' kini telah bertukar menjadi seekor 'anak ular'. Masyallah!
Segala yang berlaku semasa proses pembakaran ini adalah di atas izin, kehendak dan kuasa Allah SWT. Segala yang ditunjukkan adalah untuk membuktikan kepada kita betapa hebatnya kuasa dan kebesaran Allah SWT, Penguasa Sekalian Alam dan segala Makhluk. Kita sebagai hambaNya, hendaklah sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT dan bukannya dari makhluk yang lain. Kepada mereka yang sedang menderita sakit dan mengalami simptom-simptom gangguan Jin, Sihir atau Saka; teruskanlah berikhitar dan jangan sesekali berputus asa di dalam menghapuskan angkara Jin, Syaitan dan Iblis yang dilaknati Allah ini.

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


http://alqayyum2u.blogspot.com/










0 Responses